Wawasan Komen ialah alat yang dapat membantu pengiklan melihat, mengurus dan menganalisis komen daripada iklan mereka. Sebagai tambahan kepada Alat Pengurusan Komen yang telah wujud, Wawasan Komen menawarkan alat analisis berkuasa kepada pengiklan untuk memahami audiens mereka dan melakarkan strategi pemasaran yang terbaik sebagai hasil.
Wawasan Komen merangkumi 6 modul: graf trend komen, carta nisbah sentimen, carta perbandingan komen, awan perkataan, audiens komen dan semua jadual komen. Setiap modul ini boleh digunakan untuk memahami komen pengguna terhadap iklan anda dan perihal gambaran keseluruhan jenama anda.
Beberapa kegunaan umum untuk Wawasan Komen termasuk:
Memahami sentimen jenama & memanfaatkan kekuatan anda.
Menganalisis demografik pemberi komen untuk memperhalusi tetapan penyasaran.
Mengenal pasti bahasa yang kerap digunakan untuk mencipta kandungan yang berkaitan.
Mengenal pasti dan menguruskan komen negatif pada iklan secara berkesan.
Meningkatkan iklan penglibatan tinggi dan menggunakan wawasan untuk memberi panduan kepada strategi kreatif masa hadapan.
Kami akan memecahkan setiap modul Wawasan Komen di bawah agar anda boleh melihat ciri dan keupayaan utama yang kami tawarkan.
Bar gambaran keseluruhan membantu anda mengumpulkan gambaran keseluruhan besar untuk komen pada semua video anda. Statistik pantas merangkumi jumlah bilangan komen pada semua video, jumlah bilangan komen negatif, jumlah bilangan komen positif dan skor sentimen.
Jumlah komen ialah komen daripada semua iklan dipilih dalam akaun semasa dan komen yang dijana oleh trafik iklan serta trafik organik iklan video.
Komen negatif** ialah jumlah bilangan komen negatif berdasarkan model analisis sentimen dalaman kami.
Komen positif** ialah jumlah bilangan komen positif berdasarkan model analisis sentimen dalaman kami.
Skor sentimen adalah dikira berdasarkan kebarangkalian komen sentimen positif atau negatif. Skor sentimen berjulat antara -100 hingga 100. Formula pengiraan: Purata semua kebarangkalian komen positif tolak semua kebarangkalian semua komen negatif, didarabkan dengan 100.
**Sentimen positif dan negatif adalah ditentukan berdasarkan model analisis sentimen dalaman kami yang menetapkan nilai berangka positif atau negatif pada perkataan berdasarkan sentimennya. Jika anda rasa bahawa sentimen yang ditetapkan adalah salah, anda boleh mengubah sentimen tersebut kepada sentimen yang betul secara manual.
Untuk mengubah sentimen tersebut secara manual, pilih ikon Edit di sebelah sentimen komen yang diberikan dan pilih sentimen yang betul.
Halaman komen merangkumi sejumlah modul individu yang telah dipecahkan kepada jadual di bawah.
Anda boleh memilih dua jenis metrik dalam graf trend komen untuk menganalisis dan melihat trend komen anda bagi suatu tempoh masa yang dipecahkan mengikut hari.
Jumlah komen
Komen positif
Komen negatif
Komen neutral
Komen pertanyaan (komen yang mengandungi soalan)
Dalam modul Nisbah Sentimen, anda boleh melihat pecahan boleh cerna untuk pengagihan komen mereka yang telah dipecahkan kepada komen positif, negatif dan neutral.
Dalam modul Perbandingan Industri, anda boleh membandingkan data komen anda (nisbah sentimen, skor sentimen atau nisbah pertanyaan/soalan) dengan nilai penanda aras industri atau dengan purata kempen anda sendiri. Pilih persentil penanda aras yang ingin anda bandingkan dan lihat cara komen iklan anda menjadi setanding dengan iklan pengiklan dalam industri pengiklanan yang sama.
Penanda aras industri ialah nilai purata yang dikira berdasarkan data TikTok global dan industri berdaftar pengiklan dalam akaun iklan mereka.
Dalam modul Awan Perkataan, anda boleh melihat perkataan yang paling kerap digunakan dalam komen anda. 40% perkataan yang paling kerap disebut telah dipaparkan dalam warna biru, 40-80% perkataan yang paling kerap disebut telah dipaparkan dalam warna hijau manakala baki 20% perkataan telah dipaparkan dalam warna merah. Saiz perkataan dalam penggambaran awan perkataan juga akan menjadi lebih besar sekiranya perkataan tersebut sering disebutkan.
Modul Audiens Komen menunjukkan pecahan komen yang diterima oleh demografik audiens yang tertentu, seperti jantina dan umur, lokasi dan peranti.
Dalam modul Semua Komen, anda boleh melihat jadual ringkasan untuk semua komen yang anda terima pada video anda untuk tempoh masa yang ditetapkan. Tingkah laku modul ini adalah serupa dengan tab Pelaporan atau tab Kempen yang membolehkan anda untuk sama ada menganalisis lajur data lalai yang diberikan atau anda boleh memilih lajur tersuai untuk metrik yang ingin anda lihat.