Terdapat tiga jenis padanan kata kunci negatif yang boleh anda gunakan untuk menyasarkan audiens yang sesuai semasa mencipta kempen Iklan Carian anda di Pengurus Iklan TikTok: Padanan luas, Padanan frasa dan Padanan tepat. Iklan tidak akan dipaparkan bersama pertanyaan carian tidak relevan atau tidak sesuai dengan kata kunci negatif.
Kata kunci negatif menggunakan jenis padanan yang sama seperti kata kunci biasa.
Untuk menentukan jenis padanan, masukkan kata kunci negatif anda menggunakan sintaks berikut:
Padanan luas: Masukkan kata kunci tanpa sebarang pemformatan khas (contohnya, kasut larian).
Padanan frasa: Gunakan tanda petikan pada kata kunci (contohnya, "kasut larian").
Padanan tepat: Gunakan kurungan segi empat pada kata kunci (contohnya, [kasut larian]).
Anda perlulah mempertimbangkan varian susunan kata semasa memasukkan kata kunci negatif.
Kata kunci negatif tidak menyekat bentuk tunggal atau jamak, salah ejaan dan sinonim. Anda mestilah menambahkan setiap variasi secara berasingan.
Penggunaan huruf besar dikecualikan; semua variasi penggunaan huruf besar atau kecil disekat setelah kata kunci ditambahkan sebagai kata kunci negatif.
Contohnya, jika anda menambahkan [kucing perang] sebagai kata kunci negatif padanan tepat, carian untuk "kucing perang" akan disekat, tetapi carian untuk "kat perang" atau "kucing-kucing perang" masih lagi layak untuk dipaparkan.
Apabila dilaksanakan dengan betul, kata kunci negatif membolehkan anda mencapai prestasi optimum sambil mengekalkan kesesuaian jenama di TikTok.
Gunakan padanan luas untuk menyekat carian yang mengandungi semua perkataan yang anda sekat, walaupun jika perkataan itu muncul dalam susunan yang berbeza atau jika digandingkan bersama perkataan lain.
Tahap sekatan: Tinggi
Sekatan berlaku apabila: Carian mengandungi setiap kata kunci dalam kata kunci negatif anda, dalam apa-apa susunan dan boleh mengandungi perkataan tambahan.
Contoh: brown cat
Istilah carian | Iklan layak untuk disiarkan? |
Brown Cat | Tidak |
brown cats | Ya |
brown caat | Ya |
brown feline | Ya |
cat brown | Tidak |
Adopt brown cat | Tidak |
Brown cat eyes | Tidak |
Brown furry cat | Tidak |
Gunakan padanan frasa untuk menyekat carian yang mengandungi frasa kata kunci anda mengikut susunan tepat yang anda tentukan, walaupun jika perkataan lain muncul sebelum atau selepas frasa kata kunci tersebut.
Tahap sekatan: Sederhana
Sekatan berlaku apabila: Carian mengandungi frasa anda dalam susunan yang sama. Perkataan tambahan boleh muncul sebelum atau selepas frasa tersebut, tetapi bukan dalam frasa tersebut.
Contoh: "brown cat"
Istilah carian | Iklan layak untuk disiarkan? |
Brown Cat | Tidak |
brown cats | Ya |
brown caat | Ya |
brown feline | Ya |
cat brown | Ya |
Adopt brown cat | Tidak |
Brown cat eyes | Tidak |
Brown furry cat | Ya |
Gunakan padanan tepat untuk menyekat carian hanya jika padanan itu sama dengan kata kunci negatif anda.
Tahap sekatan: Rendah
Sekatan berlaku apabila: Carian betul-betul sama seperti kata kunci yang dimasukkan, tanpa perkataan tambahan dan tiada perubahan dalam susunan perkataan.
Contoh: [brown cat]
Istilah carian | Iklan layak untuk disiarkan? |
Brown Cat | Tidak |
brown cats | Ya |
brown caat | Ya |
brown feline | Ya |
cat brown | Ya |
Adopt brown cat | Ya |
Brown cat eyes | Ya |
Brown furry cat | Ya |
Sekarang anda telah memahami jenis kata kunci negatif Iklan Carian yang tersedia, ketahui cara menyediakan kata kunci negatif anda di Pengurus Iklan TikTok.