Perihal muat naik video untuk GMV Max LIVE

Kemas kini terakhir: Mac 2026

Muat naik video untuk GMV Max LIVE ialah ciri baharu yang membolehkan anda memuat naik kreatif video secara langsung bagi kempen GMV Max LIVE anda.


Nota: Ciri ini mungkin belum lagi tersedia untuk anda.

Manfaat memuat naik video untuk GMV Max LIVE

  • Optimumkan GMV melalui bekalan kreatif yang dipertingkatkan: Anda boleh meningkatkan jumlah dan kerelevanan bekalan kreatif anda yang memberikan kesan terhadap kejayaan kempen anda secara langsung.

  • Percepatkan penerokaan kreatif: Kreatif yang dimuat naik secara langsung melalui penciptaan kempen akan diutamakan berbanding dengan muat naik standard melalui akaun Pengurus Iklan TikTok anda.

  • Ringkaskan pengurusan iklan: Ciri ini menawarkan aliran kerja yang diperkemas dan disepadukan yang memudahkan lagi anda mengurus aset kreatif anda dan mengoptimumkan kempen anda dengan efisien. Tambahan lagi, video yang dimuat naik boleh digunakan sebagai iklan sahaja, lantas menyediakan fleksibiliti dalam pendekatan pengiklanan anda.


Ciri memuat naik video untuk GMV Max LIVE

  • Had muat naik bulanan: Anda boleh memuat naik sehingga 50 video pada satu masa dan sehingga 10,000 video setiap bulan bagi setiap akaun. Muat naik video tidak akan berfungsi untuk video yang lebih besar daripada 100 MB.

  • Kebenaran tambahan: Anda mestilah mempunyai kebenaran muat naik dan kebenaran iklan untuk akaun TikTok yang dipilih.

  • Semakan video: Semua video yang dimuat naik akan tertakluk pada proses prasemakan selama empat minit sebelum boleh bersiaran langsung. Jika video ditolak, hal ini akan boleh dilihat dalam pelaporan tahap video yang membolehkan anda menganalisis isu dan memperbaiki video tersebut untuk mendapatkan kelulusan.

Nota: Anda disyorkan supaya memuat naik video yang berkenaan kepada LIVE yang akan datang, seperti video cuitan.