Struktur kempen iklan
Cara mencipta kempen
Belanjawan dan penjadualan
Kategori iklan khas
Pengujian Pisahan
Anda tidak akan mula membina rumah tanpa rangka tindakan, bukan? Sebenarnya, membuat iklan juga tiada bezanya. Anda ingin memastikan bahawa anda mempunyai rangka tindakan (struktur akaun) terbaik.
Sama ada anda baru mula membina kempen, ingin mengoptimumkan kumpulan iklan yang sedia ada atau hanya mahukan arah untuk memastikan anda melakukan sesuatu dengan betul, berikut adalah beberapa amalan terbaik kami untuk struktur akaun anda.
Kebanyakan pemasar menyediakan kempen yang berbeza berdasarkan objektif pemasaran yang berbeza. Yang penting adalah untuk memilih cara yang paling mudah bagi anda untuk mengenal pasti dan mengurus kempen anda.
1. Kami mencadangkan agar anda tidak menyalin banyak kumpulan iklan secara pukal pada satu masa, terutamanya untuk akaun yang mempunyai sejarah prestasi yang lemah semasa fasa pembelajaran.
2. Pastikan keseimbangan kumpulan fasa pembelajaran dan kumpulan fasa pascapembelajaran yang berjalan serentak dalam satu akaun. Penempatan majoriti kumpulan iklan dalam fasa pembelajaran adalah tidak disarankan.
3. Kami mencadangkan agar anda tidak menyalin kumpulan iklan yang baru dicipta secara pukal. Ini tidak akan membantu melepasi fasa pembelajaran dengan lebih cepat dan boleh membahayakan prestasi sebenar.
4. Secara amnya, pendua kumpulan iklan adalah tidak digalakkan. Kami mencadangkan untuk mencipta dan menjalankan pelbagai kumpulan iklan secara serentak dalam satu akaun.
1. Penggunaan pelbagai kombinasi penyasaran, OS dan kreatif dalam pelbagai kumpulan iklan akan membantu menyokong penerokaan, iaitu cara platform mengetahui iklan yang terbaik.
2. Sekiranya anda melihat prestasi kumpulan iklan mula menurun (mis. penurunan trafik atau peningkatan CPA), cuba lakukan penyesuaian pada penyasaran, bida atau kreatif terlebih dahulu daripada mencipta yang baharu.
3. Sekiranya kumpulan iklan yang sedia ada sukar untuk melepasi fasa pembelajaran, cuba optimumkan kreatif, perluas penyasaran atau meningkatkan bida.
Contoh
Berikut ialah contoh struktur akaun. Ambil perhatian bahawa ini hanyalah untuk tujuan ilustrasi dan tidak mewakili cara semua akaun harus distrukturkan. Seperti yang disebutkan di atas, anda harus menstruktur akaun Pengurus Iklan TikTok anda berdasarkan matlamat pemasaran sebenar anda.
Contoh: Mark mempunyai perniagaan e-dagang dan ingin menjana lebih banyak trafik pada laman web dan aplikasinya. Berikut ialah contoh cara Mark menyediakan dua kempen untuk matlamatnya.