Objektif promosi aplikasi
Pengoptimuman Peristiwa Aplikasi
VBO Aplikasi
Panduan iOS 14.5+
Halaman Profil Aplikasi
Penyasaran semula aplikasi
iOS custom product page
Terdapat dua strategi bida Pengoptimuman Peristiwa Aplikasi (AEO): Had Kos dan Penyampaian Maksimum. Ketersediaan berubah-ubah mengikut sistem pengendalian.
Kempen khusus iOS: Penyampaian Maksimum
Kempen biasa iOS atau Android: Had Kos atau Penyampaian Maksimum
Had Kos membolehkan anda mengawal bida untuk penukaran AEO dan berguna apabila cuba mengawal kos dengan ketat.
Rujuk Kos setiap Tindakan (CPA) sejarah untuk peristiwa berkenaan dan gunakan rujukan ini sebagai panduan untuk menetapkan bida yang munasabah.
Nota: Jangan laraskan bida anda lebih daripada 10% semasa Fasa Pembelajaran. Pelarasan tambahan juga hendaklah kecil dan tidak melebihi 50% pada bila-bila masa.
Nota: Pembidaan Had Kos untuk AEO bagi kempen khusus iOS belum tersedia untuk Halaman Profil Aplikasi. Nyahtanda kotak semak Halaman Profil Aplikasi pada peringkat penciptaan kempen. Jika tidak, pilihan pembidaan Had Kos tidak akan ditunjukkan sebagai tersedia pada peringkat penciptaan kumpulan iklan.
Penyampaian Maksimum membolehkan anda memaksimumkan belanjawan kumpulan iklan harian dengan mengarahkan sistem untuk mengawal bida. Sistem ini juga akan membuat pengoptimuman untuk Penyampaian Maksimum dengan sebaik mungkin bagi setiap penukaran sambil memaksimumkan penggunaan belanjawan harian.