Objektif jualan produk
Persediaan katalog
Iklan Katalog
Iklan TikTok Shop
Iklan Beli-belah Video (untuk TikTok Shop)
Iklan Beli-belah LIVE
Iklan Beli-belah Produk
Kreatif sekutu kedai
Store Promotion Ads
Tokopedia Ads
Penukaran web
VBO Web
Untuk memanfaatkan sepenuhnya Pengoptimuman Hasil Kasar:
Tetapkan belanjawan harian anda sekurang-kurangnya 10 kali ganda daripada CPA sasaran untuk Pembelian.
Untuk jumlah belanjawan, darabkan Kos Setiap Tindakan (CPA) sasaran anda untuk peristiwa Pembelian dengan 10, kemudian darabkan dengan bilangan hari dalam kempen anda.
Jika CPA sasaran untuk Pembelian anda terlalu tinggi, anda boleh menetapkan belanjawan yang sama seperti kumpulan iklan Perniagaan Seperti Biasa (BAU) anda. Namun begitu, belanjawan yang terlalu rendah akan mengehadkan keupayaan sistem untuk meneroka audiens yang sesuai untuk iklan anda.
Jangan tetapkan penyasaran yang terlalu luas atau terlalu sempit.
Dalam masa beberapa hari pertama, hasil pengoptimuman mungkin akan naik turun. Selepas 7 hari, anda seharusnya dapat melihat penunjuk yang kukuh tentang prestasi kempen Pengoptimuman Hasil Kasar.
Kempen Pengoptimuman Hasil Kasar anda memerlukan masa untuk mengetahui perkara yang paling berkesan. Ketahui lebih lanjut tentang fasa pembelajaran.
Selepas 3 hari, buat satu pelarasan setiap 2 hari dan ubah suai belanjawan atau bida anda dengan tidak melebihi 20% pada satu-satu masa. Lebih kerap atau besar perubahan tersebut, lebih banyak naik turun dijangkakan.
Jika anda menghentikan seketika kempen Pengoptimuman Hasil Kasar selama lebih 24 jam, kempen akan kembali kepada fasa pembelajaran jika anda memulakan semula kempen itu.
Oleh sebab panjang video LIVE yang biasanya terhad, anda disyorkan untuk tidak membuat apa-apa pelarasan pada kempen semasa kempen live.
Pengeditan tetapan kumpulan iklan anda semasa kempen boleh menjejaskan keupayaan kumpulan iklan anda untuk melepasi fasa pembelajaran.
Lebih kerap/besar perubahan tersebut, lebih banyak naik turun prestasi dijangkakan.
Siarkan iklan dengan seberapa banyak produk yang mungkin.
Pastikan jadual iklan anda adalah selama mungkin untuk memenuhi permintaan pengguna yang sentiasa ada.
Tetapkan bida ROAS Minimum yang munasabah.
Rujuk ROAS sebenar untuk 7 hari yang lalu bagi iklan yang menyasarkan pasaran yang sama dan yang mengoptimumkan matlamat pengoptimuman yang sama, iaitu Pembelian.
Penetapan bida ROAS yang lebih rendah adalah berguna bagi kumpulan iklan melepasi fasa pembelajaran dengan lebih pantas.
Jika anda tidak pasti tentang bida ROAS Minimum yang perlu ditetapkan, pilih Hasil Kasar Tertinggi.