Import & Eksport Pukal ialah alat di Pengurus Iklan TikTok yang membolehkan anda mengedit banyak iklan sekali gus. Anda boleh mengeksport tetapan iklan anda dalam satu hamparan, buat perubahan dan import perubahan itu ke dalam Pengurus Iklan sekali gus.
Untuk mendapatkan gambaran keseluruhan ringkas tentang cara mengedit iklan secara pukal, tonton video di bawah.
Berikut ialah contoh senario pengeditan yang disokong oleh ciri Import Pukal:
Pada Peringkat Kempen: Nama Kempen, Belanjawan Kempen
Pada Peringkat Kumpulan Iklan: Nama Kumpulan Iklan, Penyasaran (Audiens, Jantina, Umur), Jadual Penyampaian, Bida dan Belanjawan
Pada Peringkat Iklan: Nama Iklan, Teks iklan, Imej profil dan Kreatif baharu.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang medan yang boleh diubah suai, lihat Indeks Templat Import & Eksport Pukal
Untuk mengedit iklan anda secara pukal:
Pergi ke Pengurus Iklan TikTok.
Pergi ke tab Kempen.
Pilih Kempen, Kumpulan Iklan atau Iklan yang ingin anda edit.
Klik Eksport/import pukal.
Klik ikon Eksport Iklan untuk mengeksport iklan anda dalam satu hamparan.
Buka hamparan anda dan buat perubahan yang dikehendaki. Ingat:
Jangan edit medan ID Kempen, ID Kumpulan Iklan atau ID Iklan anda. Sistem menggunakan ID ini untuk mengenal pasti iklan anda dan jika medan ini diubah, sistem tidak akan dapat mengedit iklan anda.
Jangan padamkan apa-apa medan yang diperlukan kerana ini akan menyebabkan fail anda gagal diimport.
Jangan padamkan mana-mana lajur atau melaraskan pengepala fail yang dieksport kerana fail tersebut tidak akan dapat diimport dengan betul.
Apabila anda selesai, simpan fail anda. Sekarang anda boleh mengimport hamparan anda ke Pengurus Iklan.
Pergi ke Pengurus Iklan TikTok.
Pergi ke tab Kempen.
Klik Eksport/import pukal bersebelahan butang Cipta.
Klik ikon Import Iklan.
Muat naik fail CSV atau Excel.