Inspirasi kreatif
Symphony Creative Studio
Editor Video TikTok
Generate with AI
Alat kreatif lain
Amalan terbaik untuk kreatif
Pustaka Muzik Komersial
Pustakan Muzik Komersial (CML) TikTok ialah pustaka muzik global dengan 1 juta lagu yang membantu menjadikan perniagaan anda lebih mudah untuk mencari muzik untuk dijadikan runut bunyi kandungan mereka di TikTok. Pustaka ini merangkumi semua gaya, genre dan rantau, dengan lagu yang berasal daripada artis bebas dan baru muncul, serta syarikat rakaman muzik terkemuka, percuma untuk perniagaan.
Aplikasi Mudah Alih: Klik pada Tambah Bunyi dan kemudian pilih Bunyi Komersial.
Desktop: Navigasikan ke Pustaka Muzik Komersial Creative Center. Nota: Muzik yang tersedia mungkin berbeza di dekstop.
Pilih rantau yang kempen anda akan dijalankan untuk mencari muzik yang tersedia di rantau tersebut.
Pilih daripada semua muzik atau senarai main.
Nota: Hingga 10,000 Bunyi Komersial boleh dipaparkan pada satu-satu masa. Anda boleh menggunakan penapis yang berbeza untuk mencari koleksi muzik tertentu.
Pilih penapis. Anda boleh menapis mengikut peletakan boleh guna, tema, genre, mood, dan tempoh. Anda juga boleh mencari muzik menggunakan kotak carian.
Setelah Bunyi Komersial telah dipilih, anda juga boleh menggunakannya untuk kandungan organik dan berbayar.