Perihal Kod Promosi Iklan TikTok

Kemas kini terakhir: April 2025

TikTok hanya menawarkan kod promosi kepada pengiklan yang menambah nilai pada/mengkreditkan akaun Iklan mereka terlebih dahulu. Anda perlu mengaktifkan kod tersebut sebelum tarikh tamat tempoh, kemudian memenuhi keperluan yang disebutkan dalam bahan promosi.


Sebagai contoh, sekiranya tawaran mengatakan bahawa anda perlu membelanjakan 10,000 JPY (tidak termasuk cukai) dalam masa 31 hari, anda perlu membuat pembayaran pendahuluan sebanyak sekurang-kurangnya 10,000 JPY ditambah cukai dan juga membelanjakan jumlah tersebut sepenuhnya dengan memperoleh klik yang mencukupi dalam masa 31 hari. Selepas membelanjakan jumlah yang diperlukan, anda biasanya akan melihat kredit muncul pada halaman pembayaran (dalam tetapan) dalam masa satu hari.


Nota: Kami mengesyorkan agar anda membuat bayaran pendahuluan yang lebih sedikit daripada yang diperlukan kerana Iklan TikTok mungkin berhenti memaparkan iklan anda sebelum seluruh jumlah dibelanjakan.


Sebagai contoh, jika anda menetapkan harga pembidaan anda sebanyak $3 dan anda hanya mempunyai baki $2 dalam akaun anda, baki $2 anda tidak akan digunakan. Baca Terma Pembayaran Platform Iklan TikTok untuk maklumat lanjut.

Kredit promosi pengiklanan dalam talian tertakluk pada Terma dan Syarat

  1. Pengiklan akan dikenakan bayaran untuk semua pengiklanan yang melebihi jumlah kredit promosi. Pengiklan boleh menggantung iklan mereka pada bila-bila masa sebelum jumlah kredit promosi habis jika mereka tidak ingin dikenakan bayaran pengiklanan tambahan. Pengiklan tidak akan dimaklumkan setelah kredit promosi habis.

  2. Tawaran tertakluk pada kelulusan iklan, pendaftaran yang sah dan penerimaan terma dan syarat standard TikTok for Business.

  3. Kredit promosi tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh dijual atau ditukar.

  4. Harga iklan, kuantum dan jenis pengiklanan yang boleh diperoleh daripada mana-mana Kupon atau Baucar yang dikongsi adalah mengikut budi cara TikTok sepenuhnya.

  5. Tawaran boleh dibatalkan pada bila-bila masa atas apa-apa sebab oleh TikTok.

  6. Pengiklan bertanggungjawab untuk membayar apa-apa cukai yang dikenakan.

  7. Satu kredit promosi bagi setiap pelanggan.

  8. Kredit tersebut mempunyai tarikh tamat tempoh. Biasanya tarikh tamat tempoh adalah pada 31 Mac tahun berikutnya dari tahun anda mengaktifkan tawaran promosi.

  9. Anda mungkin diminta untuk mengakru jumlah minimum perbelanjaan iklan dan berjaya dibilkan sebelum kredit promosi digunakan.

  10. Jika anda mencipta akaun Pengurus Iklan TikTok anda dalam mata wang yang berbeza daripada mata wang kredit promosi yang diberikan, jumlah sebenar kredit promosi mungkin tertakluk pada turun naik mata wang asing.

  11. Akaun anda mesti berada dalam kedudukan yang baik untuk layak menerima kredit promosi.

  12. Penggunaan baucar ini dan/atau kredit promosi oleh anda membentuk penerimaan anda terhadap terma dan syarat ini. Tawaran tidak sah jika dilarang oleh undang-undang.

  13. Jika mana-mana fasal ini didapati menyalahi undang-undang, tidak sah, atau tidak boleh dikuatkuasakan, maka fasal tersebut akan dipadam daripada Terma ini dan fasal yang selebihnya akan kekal serta terus berkuat kuasa.

  14. Setakat yang diizinkan oleh undang-undang, kami tidak akan memikul apa-apa tanggungjawab atau liabiliti terhadap apa-apa penghantaran data elektronik yang tidak tepat atau gagal, atau keadaan TikTok tidak dapat diakses atau tidak tersedia.