Panduan 1 daripada 3: Cara Bermula dengan Penjanaan Bakal Pelanggan

Bina asas kejayaan dengan Penjanaan Bakal Pelanggan

LGCrawlPlaybook-HeroImage1LGCrawlPlaybook-HeroImage2LGCrawlPlaybook-HeroImage3
3 elemen penting untuk menjayakan strategi Penjanaan Bakal Pelanggan

KREATIF
PENGUKURAN
CORONG PENUH

Penjanaan Bakal Pelanggan membantu anda mencari pelanggan berpotensi dalam kalangan pengguna TikTok yang berkemungkinan mengambil tindakan:

57 %
berkemungkinan membuat pembelian daripada jenama yang diiklankan selepas menonton iklan Penjanaan Bakal Pelanggan TikTok

69 %
berasa tertarik dengan iklan Penjanaan Bakal Pelanggan di TikTok

1 dalam 2
berpendapat iklan Penjanaan Bakal Pelanggan di TikTok tidak terasa seperti "iklan"

KREATIF

Kreatif penting untuk menjayakan Penjanaan Bakal Pelanggan

47% peningkatan jualan daripada pengiklanan sesuatu jenama sebenarnya terhasil daripada kreatif, yakni lebih banyak daripada mana-mana unsur pengiklanan lain.

1. Terokai video di halaman Untuk Anda:

Belajar tentang audiens, trend dan tanda pagar yang khusus untuk komuniti anda di TikTok. Selami gaya suntingan, rentak, penggunaan muzik dan penceritaan video kegemaran anda di TikTok.
Mulakan

2. Cuba gunakan Editor Video TikTok dan Video Pintar

Kedua-dua alatan kreatif ini memudahkan anda memanfaatkan video sedia ada anda untuk mencipta kandungan hebat.
Mulakan

3. Manfaatkan kreatif anda sepenuhnya

Semasa menggunakan semula kandungan anda, kami cadangkan anda menggunakan sekurang-kurangnya setengah daripada petua kreatif ini untuk mencapai kejayaan. 61% video dalam suapan yang paling berkesan menggunakan setengah atau lebih daripada petua-petua ini.

4. Buat iklan dengan mudah melalui Spark Ads

Spark Ads ialah format iklan natif yang membolehkan pengiklan memanfaatkan keaslian dengan merangsang kandungan organik.
Mulakan

PENGUKURAN


Jejaki metrik yang penting dengan Penjanaan Bakal Pelanggan

Apa metrik penting yang patut anda jejaki?

Sebelum menyediakan sesebuah kempen, penting untuk anda tentukan metrik yang penting untuk anda, berdasarkan peringkat dalam perjalanan pelanggan yang menjadi fokus anda:

KeyMetrics (12)-MY

Terdapat lebih banyak penyelesaian untuk membantu mendorong prestasi lebih baik dan memberi laporan yang lebih tepat, bergantung pada penyelesaian yang anda pilih.


Native web (12)-MY

Funnel (12)-MY

Frame 1312316936-MY

CORONG PENUH


Cuba gunakan pendekatan corong penuh untuk mendapatkan lebih ramai bakal pelanggan di TikTok

Mulakan dengan kesedaran jenama sebelum beralih kepada kempen untuk mendorong hasrat dan penukaran apabila tiba masa yang tepat.

LG chart MY (1)

Ikut 3 langkah ini:

Nicole1 (13)-my

Langkah 1

Tontonan Video: Cari orang yang menonton dan berinteraksi dengan iklan anda. Jana kesedaran jenama dengan Tontonan Video untuk mencetuskan minat dan menggerakkan pelanggan ke penghujung corong.
Step2-my

Langkah 2

Penjanaan Bakal Pelanggan: Guna Penjanaan Bakal Pelanggan dengan Penyasaran Luas untuk memaksimumkan volum bakal pelanggan dan mencari pengguna yang akan menyerahkan borang web atau natif anda.
Step3-my

Langkah 3

Penjanaan Bakal Pelanggan: Nantikan! Versi masa depan laman web ini akan menunjukkan anda cara menggunakan ciri Penjanaan Bakal Pelanggan baharu dan amalan terbaik untuk mengoptimumkan kualiti bakal pelanggan.

Bagaimanakah gambarannya apabila tersedia nanti?

Group 1321315885 (21)-MY

101 Cetak Biru: Strategi emas untuk Tontonan Video dan Penjanaan Bakal Pelanggan

Maksimumkan prestasi kempen Penjanaan Bakal Pelanggan pertama anda dengan persediaan kempen yang dicadangkan ini.

Cipta kempen
Solutions Strategies-MY

Petua Profesional

Belanjawan Harian
Sewaktu mula menyediakan Kempen Penjanaan Bakal Pelanggan anda, tentukan belanjawan harian pada 10x CPA jangkaan anda (bukan klien FinServe).
Kumpulan Iklan
Semasa membina kumpulan iklan anda, tambah sekitar 3-5 kreatif dalam setiap kumpulan. Iklan yang terlalu sedikit (1) akan mengehadkan penyampaian iklan bagi kumpulan iklan tersebut manakala jika terlalu banyak (10) akan mengehadkan penerokaan iklan tersebut.
Borang
Ambil maklum bilangan soalan. Jika anda mahu menjana volum bakal pelanggan yang lebih tinggi, tetapkan maksimum 6 soalan.
Terapkan hasil pembelajaran anda

Cipta kempen

SPC 1.1