Terma ("Terma Kupon") ini mengawal kelayakan anda untuk menerima dan menggunakan Kupon. Sila baca dengan teliti. Penawar promosi sah yang menawarkan Kupon kepada anda ialah: (a) jika Perkhidmatan Terdiskaun (seperti yang ditakrifkan di bawah) ditawarkan dalam Platform TikTok, entiti TikTok yang menawarkan Perkhidmatan Terdiskaun kepada anda mengikut Terma Perkhidmatan TikTok; atau (b) jika Perkhidmatan Terdiskaun ditawarkan dalam Platform TikTok for Business, entiti TikTok yang dihuraikan dalam Terma Pengiklanan TikTok [LP1] (dalam kedua-dua situasi, “kami”, “kita”)
Setakat maksimum yang tidak dilarang di bawah undang-undang yang berkenaan, kami mungkin, jika semunasabahnya perlu atas sebab yang sah, meminda atau membatalkan ketersediaan mana-mana atau semua Kupon pada bila-bila masa atas budi bicara mutlak kami dan/atau mengemaskinikan, meminda atau menggantikan Terma Kupon ini.
“Kupon” merupakan token diskaun dengan masa terhad, token tawaran pengenalan atau bentuk kredit pengiklanan yang boleh anda tebus untuk Perkhidmatan Terdiskaun pada kadar diskaun atau promosi. Apabila kami merujuk kepada “Perkhidmatan Terdiskaun”, kami memaksudkan produk, perkhidmatan dan/atau kandungan digital TikTok tertentu yang tertakluk pada Kupon.
Kupon tertakluk pada ketersediaan dan harus mematuhi terma berikut:
Tawaran kupon hanya berguna dalam tetingkap tarikh dan masa yang dihuraikan dalam e-mel atau mesej TikTok atau pemberitahuan lain yang dihantar kepada anda bersama dengan Kupon (“Tetingkap Sah”). Selepas tetingkap sah tamat tempoh, anda tidak lagi dapat menggunakan kupon.
Kupon hanya boleh ditebus sekali bagi setiap Akaun TikTok for Business melainkan dinyatakan sebaliknya secara jelas dalam pemberitahuan kupon.
Untuk menjadi layak menerima tawaran padanan perbelanjaan, hanya jumlah bil yang dibayar atau jumlah tambah nilai yang digunakan akan dipertimbangkan. Kos cukai dan kredit tidak akan diambil kira sebagai sebahagian daripada perbelanjaan.
Jika anda memenuhi semua kriteria kelayakan kupon, kredit akan ditambahkan pada akaun anda berdasarkan "tarikh akhir kredit kupon" yang disebut dalam pemberitahuan kupon dan akan sah sehingga "tarikh akhir penebusan kupon", juga dinyatakan dalam pemberitahuan kupon. Jika kredit pengiklanan tidak digunakan sepenuhnya, kredit ini akan tamat tempoh secara automatik pada "tarikh akhir penebusan kupon".
Jika anda layak untuk mendapatkan tawaran tetapi tidak menerima kredit dalam tempoh "tarikh akhir kredit kupon" atau jika kredit anda dibekukan, anda boleh membuat rayuan kepada Pasukan Sokongan Pelanggan TikTok yang akan mengesahkan kelayakan anda dan mengambil tindakan yang diperlukan.
Kredit pengiklanan tidak boleh dibayar balik, tidak boleh dipindah milik dan tiada alternatif lain (sebagai contoh Wang Tunai atau yang setara) akan disediakan. Kredit pengiklanan hanya digunakan untuk kos pengiklanan pada masa hadapan. Kredit tidak boleh digunakan untuk kos terakru sebelum tawaran promosi digunakan pada akaun Pengurus Iklan TikTok anda.
Kupon hanya boleh digunakan dengan mengikut arahan penggunaan, syarat atau keperluan kelayakan Kupon, termasuk apa-apa penjimatan maksimum dan ambang perbelanjaan minimum yang berkenaan, misalnya:
bagi Kupon yang dihuraikan sebagai "Jimat sehingga $100", diskaun maksimum yang tersedia dengan pembelian menggunakan Kupon tersebut ialah $100; dan
bagi Kupon yang ditawarkan "Jika anda membelanjakan $500 atau lebih", maka Kupon hanya boleh digunakan jika anda membelanjakan $500 atau lebih pada Perkhidmatan Terdiskaun yang berkenaan.
Anda tidak akan menerima pemberitahuan setelah kredit dalam akaun Pengurus Iklan TikTok anda telah habis digunakan dan apa-apa kos pengiklanan tambahan akan dikenakan caj kepada bentuk pembayaran anda. Jika anda tidak mahu meneruskan pengiklanan, anda boleh menjeda atau menghentikan kempen anda pada bila-bila masa.
Dengan terus menggunakan Pengurus Iklan TikTok, anda menerima terma yang disebut di sini dan akan diberikan kredit pengiklanan secara automatik berdasarkan tawaran di atas jika anda layak. Jika anda tidak mahu mengambil bahagian dalam tawaran ini, sila hubungi pasukan Sokongan Pelanggan TikTok.
Tawaran kupon bergantung pada akaun pengiklanan yang mematuhi semua terma kupon, dasar pengiklanan dan prosedur yang berkenaan dengan Perkhidmatan Terdiskaun.
Tawaran kupon tidak boleh digunakan bersama dengan mana-mana tawaran promosi atau diskaun lain.
Jika anda tertakluk pada apa-apa cukai (termasuk apa-apa penalti atau faedah di atasnya) dan perbelanjaan yang dikenakan oleh mana-mana bidang kuasa berhubung dengan Kupon, tertakluk pada apa-apa hak undang-undang pengguna tempatan tidak boleh diketepikan yang anda mungkin mendapat manfaat, anda bertanggungjawab untuk bayaran cukai sedemikian (termasuk apa-apa penalti atau faedah yang berkaitan) kepada pihak berkuasa cukai yang berkenaan.
Kupon tidak boleh digunakan dan dianggap tidak sah apabila:
kupon tidak diperoleh daripada kami;
mana-mana bahagian Kupon telah dijual semula, dipalsukan, diubah, rosak, diusik atau menyimpang daripada kebiasaan dalam apa-apa jua cara;
diperoleh melalui pencurian, penipuan, perdayaan atau cara yang menyalahi undang-undang; atau
sekatan lain atau Terma Kupon ini, menyebabkan Kupon ini tidak boleh digunakan atau tidak sah.
TikTok for Business berhak untuk mengalih keluar tawaran daripada akaun pengiklanan anda jika mana-mana pembayaran gagal, atau tawaran digunakan secara tidak sengaja, atau akaun pengiklanan anda dikenal pasti sebagai mungkin berisiko tinggi, atau akaun pengiklanan anda tidak berada dalam kedudukan yang baik. Dalam kes sedemikian, jika kredit pengiklanan telah diberikan, TikTok for Business berhak untuk membatalkan kredit pengiklanan tersebut.
Untuk layak menerima Kupon, anda mesti:
memiliki akaun di Platform TikTok dan/atau Platform TikTok for Business yang diperlukan untuk Perkhidmatan Terdiskaun;
ditawarkan Kupon oleh kami (seperti melalui mesej TikTok atau e-mel);
dapat menerima serta menggunakan Kupon dan Perkhidmatan Terdiskaun secara sah di wilayah kediaman anda; dan
mencapai umur minimum (atau lebih) yang diperlukan untuk membolehkan anda menggunakan Perkhidmatan Terdiskaun di wilayah kediaman anda. Sila rujuk terma dan syarat Perkhidmatan Terdiskaun untuk mendapatkan maklumat lanjut.