Audiens ialah pengguna dalam aplikasi kami yang mungkin melihat iklan anda. Audiens yang sesuai boleh membantu anda meningkatkan prestasi iklan anda.
Terdapat dua pendekatan untuk dipertimbangkan semasa memilih audiens anda:
Penyasaran Khusus: Sistem ini akan mencari pelanggan terbaik mengikut tetapan penyasaran spesifik anda, kemudian memaparkan iklan anda kepada mereka. Ketahui lebih lanjut tentang penyasaran iklan dan audiens tersuai.
Penyasaran Luas: Sistem ini akan mencari orang terbaik tanpa apa-apa parameter yang dipratentu. Biarkan pilihan penyasaran kosong dan algoritma akan membantu anda mencari bakal pelanggan yang tidak anda ketahui. Ketahui lebih lanjut tentang penyasaran luas.