Cara menyambungkan TikTok Shop ke Pusat Perniagaan

Kemas kini terakhir: September 2024

Anda boleh menyambungkan TikTok Shop ke Pusat Perniagaan untuk mencipta Iklan TikTok Shop dan mengurus kebenaran untuk produk dan aset kreatif anda.

Sebelum anda bermula


Cara menyambungkan TikTok Shop ke Pusat Perniagaan

Untuk menyambungkan TikTok Shop ke Pusat Perniagaan:

  1. Daftar masuk ke akaun Pusat Perniagaan anda.

  2. Klik Aset dalam menu sebelah kiri.

  3. Klik Kedai.

  4. Klik Tambah TikTok Shop.

    • Jika anda sudah pun menyambungkan TikTok Shop ke Pusat Perniagaan anda, klik Tambah Kedai di bahagian atas sebelah kiri terlebih dahulu.

      Gif showing how to Click Add my TikTok Shop
  5. Pilih kedai yang ingin anda tambahkan dan klik Mulakan persediaan dalam Pusat Penjual TikTok. Jika anda belum mempunyai TikTok Shop, anda boleh mengklik Cipta TikTok Shop baharu.

  6. Lengkapkan langkah dalam Pusat Penjual dan klik Lengkapkan Persediaan.

    Gif showing how to click Start setup in TikTok Seller Center, and complete setup

TikTok Shop anda akan disambungkan ke Pusat Perniagaan anda. Anda boleh menggunakan Pusat Perniagaan untuk mengurus kebenaran dan menambah ahli atau rakan kongsi baharu kepada TikTok Shop anda.