Bahasa Melayu
Cipta iklan

Akaun TikTok

  1. Cara untuk bermula /
  2. Akaun TikTok /
  3. Pengesahan Perniagaan /

Cara menjejaki status pengesahan perniagaan

Kemas kini terakhir: Februari 2025

Apabila anda mencipta akaun iklan di TikTok, anda akan diminta mengesahkan perniagaan anda. Anda boleh menjejaki status pengesahan perniagaan anda dalam Pengurus Iklan TikTok.

Sebelum anda bermula

Serahkan dokumen pengesahan identiti anda ke TikTok.

Cara menjejaki status pengesahan perniagaan anda

Untuk menjejaki status pengesahan perniagaan anda:

  1. Pergi ke Pengurus Iklan TikTok.

  2. Klik Persediaan Akaun.

  3. Klik Maklumat Asas.

  4. Di bahagian Akuan, pergi ke Status Akaun. Anda akan lihat yang berikut:

    • Disahkan: Kami telah menerima dokumen pengesahan identiti anda dan anda boleh menerbitkan serta menyiarkan iklan.

    • Tidak disahkan: Kami belum menerima dokumen pengesahan perniagaan anda.


Jika status pengesahan perniagaan anda ialah Tidak disahkan, akaun anda mungkin menunjukkan salah satu daripada tiga status:

  • Diluluskan: Akaun anda diluluskan dan anda dapat menyiarkan iklan, walaupun anda belum mengesahkan perniagaan anda.

  • Sedang Disemak: Kami sedang menyemak dokumen pengesahan perniagaan anda. Anda tetap boleh menambahkan maklumat pembayaran dan menyediakan kempen. Jika pengesahan perniagaan tidak diperlukan untuk akaun anda, anda masih boleh mencipta iklan.

  • Tidak lulus: Pengesahan perniagaan gagal. Anda boleh mengedit maklumat pengesahan anda atau meminta semakan akaun.


Artikel Berkaitan
Acceptable Documents for Business Verification
How to troubleshoot business verification
How to track business verification status