Pangkalan pengetahuan menguasakan TikTok Lead Genie anda. Memastikan pangkalan pengetahuan kekal terkini adalah penting kerana hal ini akan membantu Pembantu Penjanaan Bakal Pelanggan anda:
Menyampaikan jawapan yang tepat: Chatbot anda memberikan respons kepada pertanyaan pelanggan menggunakan maklumat perniagaan anda dan bukannya data generik.
Menjadi lebih pintar dengan lebih banyak kandungan: Semakin anda membuat penambahan tentang produk, perkhidmatan dan Soalan Lazim anda, semakin berkesan chatbot anda, ibarat memiliki wakil jualan terhebat pada pasukan anda.
Membina kepercayaan dengan maklumat terkini: Kandungan baharu dan tepat akan membantu untuk mengurangkan ralat dan memastikan respons yang lebih pantas dan lebih relevan.
Pengemaskinian Pangkalan Pengetahuan hanya tersedia di Suite Perniagaan TikTok pada peranti mudah alih buat masa ini.
Buka aplikasi TikTok.
Ketik Profil pada menu bawah.
Ketik ikon menu ☰ di sudut kanan sebelah atas dan pilih Suite Perniagaan.
Pergi ke Pusat mesej, kemudian ketik pada TikTok Lead Genie.
Pilih Pangkalan pengetahuan.
Terdapat dua pilihan untuk mengemas kini pangkalan pengetahuan anda.
Pilihan 1 (Disyorkan): Edit bahagian yang dipratentu pada halaman pangkalan pengetahuan.
Setiap bahagian menunjukkan maklumat semasa yang digunakan oleh chatbot AI anda. Anda boleh membuat kemas kini terus pada bahagian yang berkenaan dan ketik Simpan.

Pilihan 2: Import kandungan tersuai.
Ketik Import di sudut kanan sebelah atas.
Tampal maklumat perniagaan anda yang lengkap. Penting: Kaedah ini akan menggantikan semua kandungan sedia ada. Pastikan anda menyertakan segala-galanya dan bukan hanya bahagian yang ingin anda kemas kini.
