TikTok menawarkan insentif masa terhad ("Insentif") kepada pengiklan yang menjalankan kempen Smart+. Jika kempen ini memenuhi kriteria kelayakan, tetapi menunjukkan prestasi yang kurang baik berbanding dengan ambang CPA atau ROAS Minimum, kami akan membayar balik sebahagian daripada jurang tersebut dengan kredit iklan dalam akaun iklan yang sama.
Insentif ini menyasarkan untuk memberikan ruang kepada kempen Smart+ untuk belajar sambil menggalakkan perubahan yang kurang kerap terhadap kempen Smart+ sepanjang fasa pembelajaran kempen tersebut. Hal ini juga menggariskan kepercayaan kami bahawa Smart+ ialah penyelesaian optimum untuk mencapai prestasi yang tinggi bagi usaha pengiklanan TikTok anda.
Dengan mengambil bahagian, anda bersetuju dengan terma di bawah. TikTok berhak untuk menentukan kelayakan, mengeluarkan kredit iklan atas budi bicaranya atau menarik balik Insentif ini pada bila-bila masa.
Untuk mendapat kelayakan bagi Insentif ini, kempen anda mestilah memenuhi kriteria berikut dalam tempoh liputan yang ditetapkan. Tempoh liputan ialah tiga hari pertama penuh secara berturut-turut dari hari kempen tersebut diaktifkan.
Kategori | Keperluan |
|---|---|
Jenis kempen | Smart+ |
Objektif | Penukaran Web, Promosi Aplikasi (Kempen Android atau iOS) dan Penjanaan Bakal Pelanggan |
Strategi Pembidaan | Had Kos, ROAS Minimum atau ROAS Sasaran |
Rantau | Global, seperti yang dinyatakan dalam UI Pengurus Iklan TikTok |
Tempoh | Kumpulan iklan mestilah dijalankan sekurang-kurangnya selama tiga hari penuh secara berturut-turut, bermula daripada tanggapan pertama. Sebagai contoh: Jika kempen menjanakan tanggapan pertama pada pukul 2 petang pada 1 November, tempoh liputan akan menjadi dari 1 November hingga 4 November. |
Jumlah penukaran | Kumpulan iklan mestilah mencapai sekurang-kurangnya 15 penukaran dalam tempoh liputan. |
Had pelarasan | Pelarasan dalam tempoh liputan: Bida: ≤ 1 kumpulan iklan Penyasaran: ≤ 1 kumpulan iklan Kreatif: Tiada had Belanjawan: - Smart+: Tiada had - Pengalaman Smart+ yang Dinaik Taraf (Had Kos dan MinROAS sahaja): Pelarasan yang berikut akan menyebabkan kempen/kumpulan iklan tidak layak untuk mendapat tawaran insentif platform: penurunan dalam belanjawan kempen, penurunan dalam belanjawan kumpulan iklan, sebarang pelarasan belanjawan minimum kumpulan iklan. |
Status kempen | Kempen mestilah kekal bersiaran langsung sepanjang tempoh liputan tawaran insentif. Senario berikut akan mempengaruhi kelayakan insentif: - Menjeda atau memadamkan kempen - Baki akaun tidak mencukupi - Semua kreatif kempen ditolak |
Ambang prestasi | Kumpulan iklan Had Kos: Keseluruhan Kos Setiap Pemerolehan (CPA) Sebenar sepanjang tiga hari pertama melebihi 1.2 kali ganda bida Had Kos anda. Kumpulan iklan ROAS Minimum/ROAS Sasaran: Perbelanjaan sebenar sepanjang tiga hari pertama melebihi 1.2 kali ganda perbelanjaan sasaran anda, berdasarkan bida ROAS minimum anda. |
Terma & Syarat | Kempen atau kumpulan iklan tidak boleh melanggar Terma Perkhidmatan Komersial, Terma Pengiklanan, Dasar Pengiklanan, Garis Panduan Komuniti, Dasar Kandungan Berjenama TikTok dan apa-apa terma berkenaan yang lain. |
Dengan belanjawan kempen automatik yang akan menyokong amaun bida kumpulan iklan berbeza tidak lama lagi, pengiraan insentif akan beralih kepada tahap kumpulan iklan untuk objektif aplikasi dan bakal pelanggan. Insentif untuk objektif jualan akan kekal pada tahap kempen.
Jenis/Aliran Kempen | Objektif | Dikira pada Tahap Kumpulan Iklan | Dikira pada Tahap Kempen |
|---|---|---|---|
Belanjawan kempen automatik (CBO): Pengalaman Smart+ yang Dinaik Taraf | Aplikasi | Ya | Tidak |
Bakal Pelanggan | Ya | Tidak | |
Jualan | Tidak | Ya | |
Belanjawan kempen automatik (CBO): Smart+ | Aplikasi | Tidak | Ya |
Bakal Pelanggan | Tidak | Ya | |
Jualan | Tidak | Ya | |
Bukan CBO (Semua aliran) | Semua objektif | Ya | Tidak |
Strategi Pembidaan | Formula | Contoh |
|---|---|---|
Had Kos | (CPA Sebenar - Bida Had Kos) x Penukaran | Bida CPA Had Kos: $10 CPA Sebenar: $18 Penukaran: 25 Kredit iklan: ($18 - $10) x 25 = $200 |
ROAS Minimum/ROAS Sasaran | Perbelanjaan yang Dijangkakan - Perbelanjaan Sebenar Perbelanjaan yang dijangkakan = Nilai penukaran/Bida ROAS | Bida ROAS Minimum/ROAS Sasaran: 2 Nilai penukaran: $100 Perbelanjaan Sebenar: $80 (ROAS 1.25) Perbelanjaan yang Dijangkakan: $100/2 = $50 Kredit iklan: |$50 - $80| = $30 |
Sebarang kredit iklan yang dikeluarkan sebagai sebahagian daripada Insentif akan dikeluarkan secara langsung kepada akaun iklan TikTok anda. Anda boleh menyemak status insentif dalam "paparan pelaporan" bagi kumpulan iklan yang berkenaan atau dalam bahagian "Pembayaran" di bawah tab "Alat". Anda juga akan menerima pemberitahuan di Pengurus Iklan TikTok (TTAM) apabila kredit iklan ditambahkan kepada akaun iklan tersebut. Kredit iklan boleh digunakan untuk menjalankan iklan dalam akaun iklan yang sama, tidak boleh dikeluarkan sebagai mata wang atau dipindahkan antara akaun iklan dan tertakluk pada Terma Kredit Iklan TikTok.
TikTok berhak untuk menarik balik kredit iklan jika kami mengesan sebarang tingkah laku luar biasa, penipuan atau pelanggaran Terma Perkhidmatan Komersial TikTok, Terma Pengiklanan TikTok for Business, Dasar Pengiklanan TikTok, Garis Panduan Komuniti TikTok dan terma perkhidmatan berkenaan yang lain. Dengan menyertai Insentif ini, anda bersetuju dengan Terma Kredit Iklan TikTok dan anda bersetuju serta memahami bahawa pemberian kredit iklan oleh TikTok kepada anda tertakluk pada terma Insentif dan Terma Kredit Iklan.