Di TikTok, kami berusaha untuk memberi penonton kami pengalaman yang positif dengan mensyaratkan agar iklan di platform kami mematuhi garis panduan format dan fungsi teknikal tertentu untuk memastikan kualiti, kekonsistenan dan kejelasan.
Halaman pendaratan mestilah berfungsi. Pastikan bahawa halaman pendaratan anda berfungsi dengan betul pada rangkaian pasaran sasaran. Jenis iklan yang berbeza mempunyai keperluan yang berbeza untuk pautan URL yang menghalakan semula penonton daripada kandungan iklan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk Spesifikasi Iklan TikTok kami.
Jika iklan atau halaman pendaratan anda tidak memenuhi keperluan Format dan Fungsi Iklan kami, prestasi iklan anda mungkin terjejas. Berdasarkan pelbagai isyarat kualiti, termasuk semakan mesin automatik, semakan manusia dan isyarat penglibatan penonton, iklan anda mungkin ditolak, menerima kurang tanggapan atau kos setiap tanggapan iklan anda mungkin meningkat.
Contoh perkara yang tidak dibenarkan:
Halaman pendaratan yang tamat tempoh, salah atau sedang dibina
Halaman pendaratan dengan kandungan atau maklumat yang tidak lengkap
Halaman pendaratan dengan kandungan asal yang tidak mencukupi atau mempunyai nisbah iklan yang tinggi berbanding dengan kandungan asal
Halaman pendaratan yang tidak mesra peranti mudah alih
Halaman pendaratan yang memuat turun fail secara automatik
Halaman pendaratan yang menghendaki penonton memuat turun program tambahan atau memasukkan maklumat peribadi untuk mengakses kandungan utama pada halaman pendaratan
Penggunaan halaman Cabaran Tanda Pagar (HTC) berbayar atau tidak berbayar sebagai halaman pendaratan
Iklan E-Dagang mestilah memaparkan maklumat yang lengkap dan tepat pada halaman pendaratan.
Maklumat sah yang diperlukan menurut undang-undang tempatan adalah termasuk tetapi tidak terhad kepada:
Butiran hubungan seperti nombor telefon, alamat e-mel atau nombor faks pilihan
Nama syarikat
Alamat syarikat
Lesen perniagaan
Harga yang dipaparkan dalam mata wang tempatan
Maklumat penghantaran
Dasar pemulangan dan bayaran balik
Terma dan syarat
Dasar privasi
Negara atau wilayah tertentu mungkin memerlukan maklumat lanjut. Hubungi Wakil Jualan TikTok anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Jika anda belum mengemukakan maklumat yang sesuai serta mencukupi dan peletakan iklan anda ditolak, anda akan menerima pemberitahuan untuk menyediakan maklumat tambahan bagi kelulusan iklan tersebut.
Iklan bakal pelanggan mesti menyertakan dasar privasi. Ketahui lebih lanjut tentang penyelesaian penjanaan bakal pelanggan TikTok.
Berikut ialah keperluan dasar privasi:
Dipaparkan dengan jelas dan mudah dicari.
Mematuhi undang-undang perlindungan data yang berkenaan.
Dalam medan URL Pautan, masukkan pautan ke halaman dasar privasi atau halaman pendaratan yang memaparkan fasal dasar privasi anda.
Jangan gunakan produk iklan bakal pelanggan kami untuk mengumpulkan maklumat berikut daripada penonton, melainkan anda telah menerima kebenaran bertulis daripada Wakil Jualan TikTok:
Maklumat tentang asal usul bangsa atau etnik atau yang mendedahkan perkara tersebut
Maklumat tentang pendapat politik atau hubungan politik atau yang mendedahkan perkara tersebut
Maklumat tentang kepercayaan agama atau falsafah atau yang mendedahkan perkara tersebut
Maklumat tentang status keahlian kesatuan pekerja atau yang mendedahkan perkara tersebut
Maklumat berkenaan kesihatan: seperti sejarah perubatan, kecacatan, keadaan mental atau fizikal atau rawatan perubatan
Maklumat berkenaan kehidupan seks seseorang
Maklumat berkenaan orientasi seksual seseorang, termasuk jantina yang dikaitkan oleh orang itu
Maklumat tentang tuduhan jenayah, tangkapan, prosiding atau sabitan kesalahan atau langkah keselamatan yang berkaitan
Nombor ID yang dikeluarkan oleh kerajaan: seperti nombor Keselamatan Sosial, nombor pasport, nombor lesen pemandu atau nombor pembayar cukai atau pengenalan negara
Maklumat kewangan, seperti pendapatan, nombor akaun bank, nilai bersih, nombor kad kredit atau debit, nombor cukai, CVV, skor kredit, hutang, penyata kewangan atau status kemuflisan
Maklumat insurans, seperti nombor polisi insurans atau perlindungan insurans
Maklumat identiti rangkaian, seperti nama pengguna, kata laluan, jawapan bagi perlindungan kata laluan atau sijil digital peribadi pengguna
Nombor akaun, seperti nombor kad kesetiaan atau nombor pengguna penerbangan kerap
Tarikh lahir, tahun lahir atau umur sebenar pengguna
Kreatif iklan dan halaman pendaratan tidak boleh mendedahkan data peribadi atau menyatakan atau membayangkan bahawa produk boleh digunakan melalui cara yang melanggar privasi individu. Hal ini termasuk memaparkan butiran hubungan individu sebenar, nombor kad kredit, ID kerajaan dan sebagainya.
Iklan bida tidak boleh menggunakan halaman HTC yang tidak berbayar atau berbayar sebagai halaman pendaratan.
Kandungan iklan tidak boleh mengandungi kod respons pantas (QR).
Contoh perkara yang dibenarkan:
QR pada pembungkusan atau aplikasi produk
Kod matriks yang tidak boleh diimbas termasuk kod bar item
Contoh perkara yang tidak dibenarkan di pasaran terpilih*:
Kandungan iklan dengan kod QR yang membawa ke laman web pihak ketiga, termasuk halaman media sosial
*Terpakai untuk: Albania, Algeria, Australia, Austria, Azerbaijan, Bahrain, Belarus, Belgium, Bosnia dan Herzegovina, Bulgaria, Kemboja, Croatia, Cyprus, Republik Czech, Denmark, Mesir, Finland, Perancis, Jerman, Greece, Hungary, Iceland, Indonesia, Ireland, Israel, Itali, Iraq, Jordan, Kazakhstan, Kenya, Kuwait, Lebanon, Liechtenstein, Luxembourg, Malaysia, Maghribi, Belanda, New Zealand, Nigeria, Norway, Oman, Pakistan, Filipina, Poland, Portugal, Qatar, Romania, Arab Saudi, Singapura, Slovakia, Slovenia, Afrika Selatan, Sepanyol, Sweden, Switzerland, Turkiye, Ukraine, Emiriah Arab Bersatu, United Kingdom, Vietnam
1. Kandungan iklan, termasuk kapsyen iklan, teks iklan, imej iklan, video iklan, seruan tindakan (CTA) iklan, hendaklah konsisten dengan produk atau perkhidmatan yang dipromosikan pada halaman pendaratan.
Contoh perkara yang tidak dibenarkan:
Iklan menampilkan produk A tetapi halaman pendaratan menunjukkan produk B.
Iklan menampilkan jenama A tetapi halaman pendaratan menunjukkan jenama B.
Iklan menampilkan logo jenama pada produk tetapi halaman pendaratan tidak menyertakan logo jenama pada produk.
2. Kapsyen iklan hendaklah konsisten dengan imej atau video iklan yang sepadan.
Contoh perkara yang tidak dibenarkan:
Video iklan menyatakan "Temui diri masa depan anda!" tetapi kapsyen iklan menyatakan "Buat kartun anda sendiri!".
Imej iklan menyatakan "Diskaun sehingga 30%" tetapi kapsyen iklan menyatakan "Diskaun sehingga 50%".
3. Nama Paparan dan Nama Aplikasi perlu konsisten dengan nama yang ditunjukkan pada halaman pendaratan bagi produk, perkhidmatan atau aplikasi yang dipromosikan.
Contoh perkara yang tidak dibenarkan:
Nama paparan ialah "Losyen ABC" tetapi produk yang dipromosikan pada halaman pendaratan ialah "Syampu ABC" atau "Losyen XYZ".
Nama aplikasi ialah "ABC" tetapi nama aplikasi yang ditunjukkan pada halaman pendaratan ialah "XYZ".
Contoh perkara yang dibenarkan:
Nama paparan ialah "VS" atau "Losyen" dan nama paparan yang ditunjukkan pada halaman pendaratan ialah "Losyen VS".
Nama aplikasi ialah "ABC" dan nama aplikasi yang ditunjukkan pada halaman pendaratan ialah "ABC-xyz".
1. Kapsyen dan teks iklan mestilah bebas daripada kesalahan ejaan atau tatabahasa dan tidak menggunakan simbol yang tidak betul di antara huruf.
Contoh perkara yang tidak dibenarkan:
Penggunaan ejaan atau tatabahasa yang tidak betul seperti "Adri" dan bukannya "Dari"
Penggunaan huruf besar, ruang, nombor, simbol atau tanda baca yang berlebihan atau tidak formal di antara huruf dalam kapsyen iklan
Ejaan yang tidak biasa digunakan, seperti "segarr"
Contoh perkara yang dibenarkan:
Slanga yang lazimnya diterima, seperti "bikin"
2. Imej iklan tidak boleh mengandungi visual yang kabur, tidak jelas dan tidak dikenali serta menggunakan lajur atau piksel untuk menutup sebahagian imej.
Contoh perkara yang tidak dibenarkan:
Imej iklan yang memaparkan teks tidak lengkap atau sukar dibaca
Tera air pihak ketiga yang kabur atau terlindung
Butang yang tidak sah, gerak isyarat cetusan atau teks seperti butang, gerak isyarat atau teks yang menggambarkan fungsi yang tidak disokong. Sebagai contoh: Teks "Leret ke atas untuk mengetahui lebih lanjut." dalam iklan kerana meleret ke atas akan membawa pengguna ke video seterusnya dan tidak membawa mereka ke mana-mana.
3. Iklan mestilah mudah dibaca dan mempunyai resolusi tinggi.
4. Panjang iklan mestilah minimum 5 saat dan maksimum 60 saat.
5. Video iklan mestilah menggunakan saiz video standard:
Menegak (9:16)
Segi Empat (1:1)
Mendatar (16:9)
6. Iklan mestilah mengandungi audio dan tidak berkualiti rendah seperti mempunyai bunyi yang kurang jelas atau tidak dapat didengari.
7. Kandungan iklan hendaklah dinamik. Jangan bergantung pada imej statik atau pegun sebagai elemen utama dalam iklan anda. Imej statik tidak sepatutnya memenuhi lebih daripada 50% video.
8. Interaksi iklan; pastikan iklan anda mengguna pakai interaksi dan tidak pegun. Sebagai contoh, elakkan daripada menampilkan orang yang memegang peranti mudah alih dengan imej pegun pada skrin*.
*Terpakai untuk: Albania, Algeria, Argentina, Australia, Austria, Azerbaijan, Bahrain, Bangladesh, Belarus, Belgium, Bolivia, Bosnia dan Herzegovina, Brazil, Bulgaria, Kanada, Chile, Colombia, Costa Rica, Croatia, Cyprus, Republik Czech, Denmark, Republik Dominika, Ecuador, Mesir, Finland, Perancis, Jerman, Greece, Guatemala, Hungary, Iceland, Iraq, Ireland, Israel, Itali, Jordan, Kazakhstan, Kenya, Kuwait, Lebanon, Liechtenstein, Luxembourg, Mexico, Monaco, Maghribi, Belanda, New Zealand, Nigeria, Norway, Oman, Pakistan, Panama, Paraguay, Peru, Poland, Portugal, Qatar, Romania, Arab Saudi, Slovak, Slovenia, Afrika Selatan, Sepanyol, Sweden, Switzerland, Turkiye, Ukraine, Emiriah Arab Bersatu, United Kingdom, Amerika Syarikat, Uruguay.
Bahasa tetapan iklan ialah bahasa penyasaran iklan dan negara/lokasi iklan ialah pasaran sasaran.
Bahasa, mata wang dan apa-apa elemen lain yang berkaitan dalam kandungan iklan dan halaman pendaratan anda mestilah konsisten dengan tetapan ataupun boleh diterima/relevan dengan pasaran sasaran dan konteks tempatan pasaran tersebut. Jika bahasa tetapan tidak dinyatakan, bahasa kandungan iklan dan halaman pendaratan mestilah dalam bahasa yang boleh diterima untuk pasaran sasaran tersebut. Jika tidak, sari kata dalam bahasa yang boleh diterima untuk pasaran sasaran mestilah disertakan.
Tambahan lagi, bahasa lisan (audio) dalam kandungan iklan secara idealnya mestilah jelas, boleh difahami dan semula jadi untuk pasaran sasaran tersebut.
Untuk kekonsistenan dan kerelevanan mata wang, pengiklan boleh mempertimbangkan untuk menyediakan ciri pertukaran mata wang/rantau yang akan memudahkan pengguna menggunakan togol ciri tersebut.
Pengecualian dan sekatan khusus pasaran mungkin dikenakan. Sila hubungi Wakil Jualan TikTok anda untuk mendapatkan butiran lanjut dan apa-apa penjelasan yang diperlukan.
Senarai yang berikut memperincikan bahasa yang boleh diterima mengikut pasaran:
Australia: Bahasa Inggeris
Bangladesh: Bahasa Bengali, Bahasa Inggeris
Brazil: Bahasa Portugis; keperluan bahasa terpakai secara eksklusif kepada pasaran LATAM untuk Iklan Misi.
Kemboja: Bahasa Khmer, Bahasa Inggeris
Indonesia: Bahasa Indonesia, Bahasa Inggeris
Untuk industri yang menghendaki penafian, penafian ini mestilah dipersembahkan dalam bahasa tempatan.
Israel: Bahasa Arab, Bahasa Ibrani, Bahasa Inggeris, Bahasa Rusia
Jepun*: Bahasa Jepun
Malaysia: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina
New Zealand: Bahasa Inggeris, Bahasa Māori
Filipina: Bahasa Filipina (Tagalog), Bahasa Inggeris
Singapura: Bahasa Melayu, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Inggeris
Korea Selatan: Bahasa Inggeris, Bahasa Korea
Thailand: Bahasa Thai, Bahasa Inggeris
Untuk industri yang menghendaki penafian, penafian ini mestilah dipersembahkan dalam bahasa tempatan.
Vietnam: Bahasa Vietnam, Bahasa Inggeris
Untuk industri yang menghendaki penafian, penafian ini mestilah dipersembahkan dalam bahasa tempatan.
Albania, Andorra, Argentina, Armenia, Austria, Azerbaijan, Bahrain, Belarus, Belgium, Bolivia, Bosnia dan Herzegovina, Bulgaria, Kanada, Chile, Colombia, Costa Rica, Croatia, Cyprus, Republik Czech, Denmark, Republik Dominika, Ecuador, Mesir, Estonia, Finland, Perancis, Georgia, Jerman, Greece, Guatemala, Hungary, Iceland, Iraq, Ireland, Israel, Itali, Jordan, Kazakhstan, Kosovo, Kuwait, Latvia, Lebanon, Liechtenstein, Lithuania, Luxembourg, Macedonia, Malta, Mexico, Moldova, Monaco, Montenegro, Maghribi, Belanda, Norway, Oman, Pakistan, Panama, Paraguay, Peru, Poland, Portugal, Qatar, Romania, San Marino, Arab Saudi, Serbia, Slovakia, Slovenia, Sepanyol, Sri Lanka, Sweden, Switzerland, Afrika Selatan, Taiwan, Turkiye, Emiriah Arab Bersatu, United Kingdom, Amerika Syarikat**, Uruguay: Kami mempercayai bahawa anda akan membuat keputusan untuk menggunakan bahasa sasaran dalam iklan dan mematuhi undang-undang tempatan yang berkenaan serta memastikan pengguna mempunyai pengalaman yang baik semasa mengakses halaman pendaratan, termasuk menyediakan halaman pendaratan dalam bahasa yang difahami oleh mereka. Jika menyediakan kumpulan iklan penyasaran berbilang pasaran, penyediaan ini mesti disediakan berdasarkan bahasa kandungan iklan dan halaman pendaratan. Kumpulan iklan tersebut mesti menyasarkan pasaran dengan bahasa kandungan iklan dan halaman pendaratan yang sepadan dengan bahasa pasaran yang disasarkan.
*Untuk Jepun, penerimaan/kerelevanan bahasa, mata wang dan elemen lain dalam kandungan iklan dan halaman pendaratan akan dikuatkuasakan.
**Untuk AS, keperluan bahasa tidak dikuatkuasakan tetapi disyorkan.