Terma Program Pencipta TikTok One

Kemas kini terakhir: Oktober 2025

Terma Program Pencipta TikTok

(Jika anda merupakan penduduk di Kawasan Ekonomi Eropah, Switzerland, United Kingdom atau Israel)


Terakhir dikemas kini: September 2025


1. Apakah perkhidmatan yang dilindungi oleh Terma Program Pencipta ini?

Terma Program Pencipta TikTok ini ("Terma Program Pencipta" ini) terpakai untuk sebarang produk program pencipta yang anda diminta untuk bersetuju dengan Terma Program Pencipta ini sebagai syarat akses. (setiap satunya, "Program Pencipta").


Terma Perkhidmatan kami, sebarang Dasar Program yang berkenaan (sila lihat Bahagian 4 di bawah) dan Tatakelakuan Pencipta yang terpakai untuk Program Pencipta dan membentuk bahagian Terma Program Pencipta ini.


Terma berhuruf besar yang tidak ditakrifkan dalam Terma Program Pencipta ini mempunyai makna yang diberikan kepadanya dalam Terma Perkhidmatan kami. Atas tujuan Terma Program Pencipta ini sahaja, rujukan dalam Terma Perkhidmatan kami untuk "Terma" termasuk Terma Program Pencipta ini dan "Platform" termasuk apa-apa Program Pencipta.


Sila baca Terma Program Pencipta ini dengan teliti. Sila baca juga Dasar Privasi Program Pencipta kami, sebagai tambahan kepada Dasar Privasi TikTok dan Dasar Kuki TikTok. Sekiranya terdapat apa-apa konflik antara Terma Program Pencipta ini dengan mana-mana terma dan dasar lain yang berkenaan, Terma Program Pencipta ini akan diutamakan.


Anda membentuk kontrak dengan kami apabila anda mengesahkan bahawa anda menerima Terma Program Pencipta ini atau sebaliknya apabila anda mengakses Program Pencipta.


Pendek kata: Ini merupakan kontrak antara anda dengan TikTok untuk mengakses Program Pencipta. Andan hendaklah membaca kontrak tersebut.


2. Individu yang mengikat kontrak

Program Pencipta yang disediakan kepada anda oleh syarikat yang anda mengikat kontrak dalam Terma Perkhidmatan kami, kecuali TikTok Information Technologies UK Limited bertanggungjawab sepenuhnya untuk pembayaran kami, kewajipan kewangan atau cukai untuk Program Pencipta.


Pendek kata: Syarikat TikTok khusus yang anda mengikat kontrak ditetapkan dalam Terma Perkhidmatan kami. TikTok Information Technologies UK Limited bertanggungjawab untuk sebarang pembayaran, kewajipan kewangan atau cukai untuk Program Pencipta.


3. Keperluan Kelayakan Minimum

Untuk mengakses dan menyertai Program Pencipta, anda mesti:

  • berumur sekurang-kurangnya 18 tahun; dan

  • merupakan penduduk di negara yang TikTok menawarkan Program Pencipta.


Pendek kata: Anda perlu berumur 18 tahun ke atas untuk mengakses dan menyertai Program Pencipta dan tinggal di negara yang Program Pencipta ditawarkan.


4. Dasar Program

Mungkin terdapat keperluan, terma, garis panduan, peraturan atau dasar tambahan yang terpakai untuk Program Pencipta khusus ("Dasar Program"). Sebagai contoh, anda mungkin perlu menyelesaikan proses suai tugas atau pendaftaran.


Kami akan mempersembahkan Dasar Program dalam produk Program Pencipta atau menyampaikan dasar tersebut kepada anda secara bertulis terlebih dahulu (sebagai contoh, melalui e-mel). Dasar Program membentuk bahagian Terma Program Pencipta ini dan anda mesti mematuhi terma tersebut. Jika anda tidak bersetuju, anda hendaklah berhenti menyertai Program Pencipta.


Pendek kata: Mungkin terdapat beberapa terma tambahan yang terpakai jika anda menggunakan Program Pencipta tertentu. Kami akan menyediakan sebarang terma tambahan kepada anda melalui Program Pencipta atau secara bertulis.


5. Keperluan Projek

Sebagai sebahagian daripada Program Pencipta, anda mungkin diberikan peluang oleh TikTok untuk menyertai aktiviti promosi (setiap satunya, "Projek") yang mungkin termasuk maklumat tentang pengiklan, agensi atau pihak ketiga yang lain (setiap satunya, "Rakan Kongsi").


TikTok mungkin menyediakan keperluan, terma, garis panduan, peraturan atau dasar tambahan yang terpakai kepada Projek tertentu ("Keperluan Projek"). Sebagai contoh, keperluan kandungan tambahan, maklumat tentang cara kandungan mungkin digunakan dan maklumat tentang bayaran dan manfaat lain untuk penyertaan yang berjaya.


Keperluan Projek akan dipersembahkan kepada anda dalam produk Program Pencipta atau disampaikan kepada anda secara bertulis terlebih dahulu (sebagai contoh, melalui e-mel) dan anda mestilah mematuhi keperluan tersebut jika anda ingin menyertai Projek itu.


Pendek kata: Mungkin terdapat beberapa keperluan tambahan yang terpakai jika anda menyertai Projek tertentu yang akan disediakan kepada anda melalui Program Pencipta atau secara bertulis.


6. Bahan Khusus Projek

Anda boleh menggunakan kandungan dalam Program Pencipta mengikut kebenaran Platform yang diberikan dalam Terma Perkhidmatan kami. Walau bagaimanapun, jika anda disediakan dengan kandungan untuk digunakan dalam Projek khusus ("Bahan Khusus Projek"), maka anda mestilah hanya menggunakan Bahan Khusus Projek untuk tujuan penyertaan dalam Projek tersebut dan mengikut Keperluan Projek yang berkaitan.


Sebagai sebahagian daripada kerja anda pada Projek, anda mungkin menerima produk fizikal ("Produk") daripada pihak ketiga. Jika TikTok tidak membekalkan Produk kepada anda secara langsung, maka kami tidak menerima sebarang liabiliti atas Produk tersebut.


Pendek kata: Jika anda disediakan dengan kandungan untuk digunakan dalam Projek khusus, anda hanya boleh menggunakan kandungan itu untuk Projek khusus tersebut.


7. Hak Kandungan Projek

Jika anda menyerahkan kandungan untuk digunakan dalam Projek ("Kandungan Projek"), anda bersetuju bahawa Kandungan Projek tersebut mungkin digunakan oleh TikTok untuk Projek mengikut Keperluan Projek, sebagai tambahan kepada lesen yang anda berikan kepada TikTok dan Sekutunya di bawah Terma Perkhidmatan apabila anda mencipta, menyiarkan atau berkongsi kandungan.


Melainkan dinyatakan sebaliknya dalam Keperluan Projek, sebagai pertukaran untuk penyertaan anda, hak TikTok untuk menggunakan Kandungan Projek ialah:

  • tidak eksklusif (yang bermaksud bahawa anda boleh melesenkan Kandungan Projek anda kepada pihak lain);

  • bebas royalti (yang bermaksud bahawa kami tidak akan membayar anda secara berasingan untuk lesen ini selain amaun yang perlu dibayar kepada anda berhubung dengan Projek);

  • boleh dipindahkan (yang bermaksud bahawa kami boleh memberikan hak yang anda berikan kepada pihak lain, seperti Sekutu kami (seperti yang diterangkan dalam Terma Perkhidmatan));

  • boleh disublesenkan (yang bermaksud bahawa kami boleh melesenkan Kandungan Projek kepada orang lain, sebagai contoh, Rakan Kongsi yang berkaitan); dan

  • seluruh dunia (yang bermaksud bahawa lesen ini terpakai di mana-mana tempat di dunia ini).

Lesen ini bertahan selama tempoh dua tahun dari tarikh yang anda serahkan Kandungan Projek anda mengikut Keperluan Projek.


TikTok akan mengumpul maklumat tentang prestasi Kandungan Projek anda dan mungkin menyediakan analitis kepada anda dan sebarang Rakan Kongsi yang berkenaan untuk Projek itu. Sila lihat Dasar Privasi Program Pencipta kami untuk mendapatkan maklumat lanjut.


Pendek kata: Jika anda menyerahkan kandungan untuk Projek, jika dipilih, maka kandungan tersebut mungkin digunakan untuk Projek itu oleh TikTok. Sebarang Rakan Kongsi yang berkenaan mungkin juga menerima analitis tentang Projek itu.


8. Komitmen Kandungan Projek

Jika anda menyerahkan Kandungan Projek, anda bersetuju dengan perkara yang berikut:

  • Anda perlu mematuhi Terma Program Pencipta ini sebagai tambahan kepada keperluan yang terpakai di bawah Terma Perkhidmatan apabila anda mencipta, menyiarkan atau berkongsi kandungan (sebagai contoh, Garis Panduan Komuniti).

  • Anda mempunyai hak sepenuhnya dan gelaran yang diperlukan untuk memasuki Terma Program Pencipta ini.

  • Kandungan Projek ialah ciptaan asal anda, kecuali Bahan Khusus Projek dan sebarang hak harta intelektual yang dilesenkan dengan wajar kepada anda oleh pihak ketiga.

  • Anda telah meluluskan sebarang hak harta intelektual yang dilesenkan kepada anda oleh pihak ketiga untuk membolehkan Kandungan Projek digunakan di bawah Terma Program Pencipta ini.

  • Kandungan Projek perlu mematuhi sebarang Dasar Program dan Keperluan Projek.


Pendek kata: Jika anda menyerahkan kandungan untuk Projek, anda bersetuju bahawa kandungan anda adalah asli dan tidak menyalin kandungan orang lain.


9. Pembayaran Pencipta

TikTok mungkin menawarkan bayaran atau manfaat lain untuk penyertaan anda yang berjaya dalam Projek atau Program Pencipta yang lain (setiap satunya, "Pembayaran Pencipta"). Butiran tentang Pembayaran Pencipta yang berkenaan (sebagai contoh, amaun, apa-apa langkah kejayaan atau keperluan lain untuk menerima Pembayaran Pencipta) akan disediakan dalam Keperluan Projek atau Program Pencipta. Berhubung dengan Projek, dan melainkan dikhususkan sebaliknya dalam Keperluan Projek, TikTok akan membuat sebarang Pembayaran Pencipta yang berkenaan apabila Kandungan Projek yang berkaitan diluluskan dan diterbitkan.


Program Pencipta atau Projek mungkin menghendaki anda menerima Pembayaran Pencipta melalui Platform (jika kefungsian sedemikian tersedia di negara yang TikTok menawarkan Program Pencipta). Anda tidak patut membuat permohonan untuk Program Pencipta atau Projek ini jika anda tidak ingin menerima Pembayaran Pencipta melalui Platform. Jika anda tidak dikehendaki untuk menerima Pembayaran Pencipta melalui Platform, anda dan TikTok boleh membuat pengaturan untuk anda menerima Pembayaran Pencipta di luar Platform.


9.1. Pembayaran Pencipta yang dibuat melalui Platform

Untuk menerima Pembayaran Pencipta melalui Platform:

  • Stripe Payments Europe Limited (berdaftar di Ireland dengan nombor syarikat 513174); atau

  • Stripe Payments UK Ltd (berdaftar di England dan Wales dengan nombor syarikat 084807710)


(bersama-sama "Stripe"), akan menyediakan mana-mana perkhidmatan pembayaran yang dikawal selia kepada anda. Stripe menerima, memegang dan memindahkan sebarang dana kepada anda atau bagi pihak anda. Kami tidak menyediakan sebarang perkhidmatan pembayaran kepada anda.


Perkhidmatan pembayaran adalah tertakluk pada Perjanjian Akaun Terhubung Stripe, yang termasuk Terma Perkhidmatan Stripe (secara kolektifnya, "Perjanjian Perkhidmatan Stripe"). Dengan menerima Terma Program Pencipta ini dan/atau menerima Pembayaran Pencipta, anda bersetuju untuk terikat dengan Perjanjian Perkhidmatan Stripe. Untuk menerima perkhidmatan pembayaran daripada Stripe melalui Platform, anda bersetuju untuk menyediakan maklumat yang tepat dan lengkap tentang anda (dan, jika berkenaan, perniagaan anda) melalui Platform.


Anda juga membenarkan kami untuk:

  • menyampaikan arahan pembayaran kepada Stripe bagi pihak anda;

  • berkongsi maklumat dengan Stripe seperti yang diperlukan untuk anda menerima perkhidmatan pembayaran Stripe, termasuk tetapi tidak terhad kepada: keperluan dan amaun Pembayaran Pencipta; dan sebarang permintaan untuk memindahkan dana kepada akaun anda sendiri; dan

  • menyediakan sebarang maklumat lain kepada Stripe setakat yang diperlukan secara munasabah (sebagai contoh, atas sebab undang-undang).


Anda tidak akan dapat menerima perkhidmatan pembayaran melalui Platform (atau Pembayaran Pencipta anda mungkin tertunda) jika:

  • anda tidak bersetuju dengan Perjanjian Perkhidmatan Stripe;

  • anda tidak memberi kami maklumat yang diperlukan oleh Stripe;

  • Stripe menamatkan Perjanjian Perkhidmatan Stripe dengan anda atau menolak untuk menyediakan perkhidmatan pembayaran kepada anda.

  • anda tidak menyediakan akaun pembayaran digital yang telah disahkan dan sah yang berdaftar dalam nama anda, seperti akaun bank atau akaun PayPal ("Akaun Pembayaran");

  • kami dikehendaki untuk mengarahkan Stripe menggantung (atau menunda) Pembayaran Pencipta atas sebab undang-undang; dan/atau

  • kami menentukan, bertindak dengan munasabah dan secara objektif, bahawa anda bertindak mengikut cara yang bermaksud anda telah menyertai Projek yang melanggar undang-undang atau melanggar material Terma Program Pencipta ini, Dasar Program dan/atau Keperluan Projek (sebagai contoh, anda telah bertindak secara tidak jujur dengan menjanakan penglibatan palsu menggunakan Kandungan Projek anda pada Platform).


Kami akan memberitahu anda jika anda perlu memenuhi sebarang keperluan minimum sebelum anda boleh memindahkan Pembayaran Pencipta kepada Akaun Pembayaran anda (sebagai contoh, mungkin terdapat amaun Pembayaran Pencipta yang minimum). Kami juga mungkin mengarahkan Stripe untuk memindahkan Pembayaran Pencipta kepada Akaun Pembayaran anda jika anda tidak memulakan pemindahan kepada Akaun Pembayaran anda dalam masa 90 hari dari masa anda layak untuk memindahkan Pembayaran Pencipta.


9.2. Pembayaran Pencipta yang tidak dibuat melalui Platform

Anda bertanggungjawab untuk memberikan butiran pembayaran yang betul kepada TikTok untuk Pembayaran Pencipta yang tidak dibuat melalui Platform. Dalam apa-apa jua keadaan sekalipun, anda tidak boleh mengeluarkan sebarang invois atau meminta bayaran secara langsung daripada Rakan Kongsi untuk sebarang Projek yang diberikan menurut Terma ini.


Pendek kata: Untuk Pembayaran Pencipta yang dibuat pada Platform, perkhidmatan pembayaran yang dikawal selia akan disediakan kepada anda oleh Stripe mengikut Perjanjian Akaun Terhubung Stripe. Kami akan berkongsi maklumat tertentu tentang anda dengan Stripe dan anda membenarkan kami memberikan arahan dan maklumat kepada Stripe seperti yang diperlukan untuk anda menerima perkhidmatan pembayaran dan atas sebab undang-undang. Untuk menerima Pembayaran Pencipta, anda mesti menyediakan butiran tentang Akaun Pembayaran anda kepada kami dan keperluan lain mungkin terpakai.


Anda bertanggungjawab untuk sebarang pembayaran yang tidak dibuat melalui Platform.


10. Kerahsiaan

Apabila anda mengakses Program Pencipta dan menyertai Projek, anda mungkin menerima maklumat yang tidak tersedia kepada khalayak umum (sebagai contoh, butiran hubungan atau maklumat tentang produk baharu). Maklumat ini adalah sulit dan anda tidak boleh berkongsi maklumat ini dengan sesiapa pun atas apa-apa sebab kecuali untuk:

  • ejen atau wakil anda (seperti peguam anda), jika mereka hanya perlu mengetahui maklumat dan bersetuju dari segi kontrak untuk mengekalkan maklumat tersebut sulit atau perlu memikul tanggungjawab untuk memastikan kerahsiaan kepada anda; atau

  • di tempat yang anda dikehendaki atas sebab undang-undang atau undang-undang tempatan anda membenarkan anda berbuat demikian. Dalam keadaan ini, anda akan memberitahu kami secepat mungkin jika anda dibenarkan dari segi undang-undang untuk berbuat demikian.


Pendek kata: Anda mesti mengekalkan kerahsiaan bagi apa-apa maklumat yang bukan untuk khalayak awam yang anda terima melalui Program Pencipta.


11. Menggantung atau menamatkan akses kepada Program Pencipta

Hak anda dan hak TikTok untuk menggantung atau menamatkan akaun TikTok anda kekal seperti yang ditetapkan dalam Terma Perkhidmatan. Jika akaun TikTok anda digantung atau ditamatkan, anda juga akan kehilangan akses kepada Program Pencipta. Hak anda dan hak TikTok untuk menggantung atau menamatkan akses atau penyertaan anda dalam Program Pencipta atau Projek telah ditetapkan di bawah dalam Terma Program Pencipta ini.


11.1. Hak anda

Anda juga boleh berhenti mengakses Program Pencipta atau, jika boleh, menyertai Projek dengan mengikut arahan yang disediakan dalam akaun Program Pencipta, Keperluan Projek atau produk Program Pencipta anda yang berkenaan.


Anda mungkin tidak dapat berhenti menyertai Projek dan Kandungan Projek anda akan terus tersedia kepada Rakan Kongsi (walaupun jika anda meninggalkan atau menamatkan akaun anda untuk Program Pencipta) yang:

  • Keperluan Projek menyatakan tarikh akhir untuk menarik diri daripada Projek dan tarikh ini telah berlalu; atau

  • tempoh masa yang Rakan Kongsi ingin menggunakan Kandungan Projek anda mengikut Keperluan Projek telah bermula.

Sila pastikan anda telah menerima semua Pembayaran Pencipta sebelum menamatkan akses anda kepada Program Pencipta atau menutup akaun anda. Anda mungkin tidak dapat menamatkan akses anda kepada Program Pencipta atau menutup akaun anda jika terdapat Pembayaran Pencipta tertunggak yang perlu dibayar kepada anda.


Pendek kata: Kami ingin anda kekal dalam program ini, tetapi anda boleh pergi ke mana-mana tempat yang anda ingini jika anda menutup akaun anda dan berhenti menggunakan Program Pencipta. Kandungan Projek anda mungkin masih digunakan mengikut Keperluan Projek.


11.2. Hak TikTok

Sekiranya terdapat sebarang pelanggaran yang disyaki terhadap Terma Program Pencipta ini, kami mungkin menyiasat: Sementara kami berbuat demikian, kami dibenarkan untuk menggantung akses anda kepada mana-mana Program Pencipta (termasuk hak anda untuk menerima Pembayaran Pencipta) dan penyertaan anda dalam mana-mana Projek, bertindak dengan munasabah dan secara objektif bergantung pada tahap keseriusan pelanggaran yang disyaki.


Kami, selepas itu, mungkin menentukan untuk menggantung akses anda buat sementara waktu atau menamatkan akses anda secara kekal kepada Program Pencipta atau Projek atau mengenakan batasan atau menyekat akses anda kepada ciri Program Pencipta, jika:

  • kami menentukan, bertindak dengan munasabah dan secara objektif, yang anda melakukan pelanggaran material atau pelanggaran berulang terhadap Terma Program Pencipta ini;

  • kami mempunyai sebab yang objektif untuk mempercayai secara munasabah bahawa anda akan melakukan pelanggaran yang serius terhadap Terma Program Pencipta ini;

  • akaun TikTok anda digantung atau ditamatkan mengikut Terma Perkhidmatan kami;

  • kami dikehendaki untuk berbuat demikian dari segi undang-undang; atau

  • hal tersebut dikehendaki secara munasabah sebagai respons kepada mengendalikan isu teknikal atau keselamatan yang serius.


Kami akan memberitahu anda terlebih dahulu melainkan kami tidak dikehendaki dari segi undang-undang atau kami tidak boleh berbuat demikian (seperti atas sebab keselamatan). Jika anda berfikir bahawa kami telah membuat kesilapan dalam menggantung atau menamatkan akses anda kepada Program Pencipta atau menggantung atau menunda Pembayaran Pencipta, anda boleh membuat rayuan melalui fungsi rayuan yang disediakan pada Platform dan kami akan menyemak keputusan kami dan membuat semula keputusan.


Pendek kata: Kami mempunyai peraturan dan, jika anda melanggar peraturan tersebut, TikTok boleh mengambil tindakan terhadap anda yang mungkin termasuk menahan Pembayaran Pencipta dan/atau menamatkan akaun Program Pencipta anda.


12. Hubungan antara anda dengan TikTok

Anda dengan TikTok, dan akan kekal pada setiap masa, adalah bebas daripada satu sama lain.


Terma Program Pencipta ini tidak mencipta hubungan pekerjaan antara anda dengan TikTok. Anda bukan pekerja TikTok, tidak berhak ke atas apa-apa hak atau manfaat pekerja daripada TikTok, dan semata-mata bertanggungjawab untuk sebarang liabiliti cukai yang mungkin dikenakan kepada anda melalui penyertaan anda dalam Program Pencipta. TikTok juga bukan ejen perekrutan anda.


Anda tidak boleh mempersembahkan diri anda sebagai pekerja, wakil atau ejen TikTok.


Pendek kata: Anda dan TikTok adalah bebas daripada satu sama lain dan kita tidak mempunyai hubungan pekerjaan.