Bahasa Melayu
Cipta iklan

Jualan

  1. Objektif iklan /
  2. Jualan /
  3. Iklan TikTok Shop /

Perihal TikTok Shop dan Wadah

Kemas kini terakhir: April 2025

Perdagangan TikTok merupakan program penyelesaian, ciri dan alat pengiklanan yang boleh digunakan oleh jenama untuk berinteraksi dengan pelanggan mereka. TikTok Shop membolehkan penjual untuk menjual produk secara langsung di TikTok melalui video dalam suapan, video LIVE dan tab Wadah. Wadah merupakan ciri yang membolehkan pelanggan membeli-belah terus daripada akaun penjual atau pencipta dengan memaparkan ikon beg beli-belah pada halaman profil akaun TikTok. Hal ini membolehkan pelanggan melayari produk dan jenama kedai atau produk tersenarai pencipta. Anda boleh menggunakan TikTok Shop dan Wadah:

  • Sebagai akaun TikTok rasmi, iaitu Wadah akan memaparkan semua produk anda.

  • Sebagai akaun TikTok pemasaran, iaitu wadah anda akan memaparkan beberapa atau semua produk jenama.

  • Sebagai akaun TikTok sekutu, iaitu wadah anda akan memaparkan beberapa atau semua produk jenama.

Nota: TikTok Shop tersedia di Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Vietnam pada masa ini.

Perbezaan antara TikTok Shop dengan Wadah

Perbezaan

Sumber produk: TikTok Shop

Sumber produk: Wadah

Akses aset diperlukan

TikTok Shop dan Akaun TikTok

Akaun TikTok

Produk yang boleh dipilih untuk pengiklanan

Produk milik TikTok Shop yang dipilih

Produk yang sedang dipaparkan di Wadah. Produk mungkin dimiliki oleh satu atau berbilang TikTok Shop

Pengoptimuman iklan

Dioptimumkan untuk jualan produk milik TikTok Shop yang dipilih

Dioptimumkan untuk jualan produk yang sedang dipaparkan di Wadah

Anda boleh memiliki Wadah tanpa TikTok Shop. Jika anda mencipta iklan dengan Wadah, anda boleh mempromosikan produk pada akaun TikTok yang disambungkan. Jika anda menyediakan TikTok Shop, anda akan mempunyai inventori produk yang dimiliki dan diuruskan oleh pemilik TikTok Shop. Anda boleh memiliki TikTok Shop atau tidak jika anda menjual produk melalui akaun pemasaran atau akaun sekutu.

Jika anda mempunyai TikTok Shop, anda boleh memberikan akses kepada rakan kongsi pemasaran untuk menjual produk bagi pihak anda. Rakan kongsi pemasaran boleh mencipta iklan Wadah untuk memaparkan sesetengah atau semua produk kedai anda.

Anda boleh memilih sama ada TikTok Shop atau Wadah sebagai Sumber Produk apabila anda mencipta iklan. Jika anda memilih TikTok Shop sebagai sumber produk anda, anda akan dapat mengiklankan produk kepunyaan TikTok Shop. Jika anda memilih Wadah sebagai sumber produk anda, anda akan dapat mengiklankan produk yang muncul dalam Wadah.

*Adakah maklumat ini membantu?
Artikel Berkaitan
Differenze tra reportistica di TikTok e del partner di misurazione mobile
SDK di eventi in-app di TikTok
Attribuzione app