Di TikTok, kami mengutamakan perlindungan pencipta dan produk asli mereka. Iklan yang melanggar hak harta intelek orang lain, termasuk hak cipta, tanda dagangan dan mengedar atau menjual barangan tiruan, tidak dibenarkan.
Dasar
Kami tidak membenarkan penggunaan jenama pihak ketiga tanpa kebenaran. Lawati Pusat Bantuan kami untuk membaca lebih lanjut tentang Peraturan Pelanggaran Harta Intelektual untuk Iklan.
Contoh perkara yang tidak dibenarkan:
Penggunaan klip daripada mana-mana sumber media yang tidak dibenarkan untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan anda
Pemaparan atau penggunaan nama, logo atau jenama pihak ketiga yang tidak dibenarkan dengan cara yang boleh mengelirukan pengguna tentang gabungan jenama anda
Dasar
Kami tidak membenarkan kandungan iklan dan halaman pendaratan memaparkan atau mempromosikan produk tiruan. Promosi, penjualan, pengumpanan atau pemudahan produk palsu, replika dan tiruan seperti produk digital yang dicetak rompak tanpa kebenaran pemilik jenama atau pemilik tanda dagangan.
Berikut ialah contoh perkara yang tidak dibenarkan:
Produk tidak tulen yang didakwa sebagai barang asli jenama atau pemilik tanda dagangan
Replika, tiruan atau item serupa yang tidak dibenarkan
Dasar
Kami tidak membenarkan kandungan iklan dan halaman pendaratan memaparkan elemen yang berkaitan dengan TikTok seperti logo TikTok atau perihalan seperti "Paling Laris di TikTok". Kami juga tidak membenarkan cubaan untuk membuat implikasi tentang apa-apa penajaan, sokongan atau perkongsian dengan produk TikTok atau ByteDance tanpa kebenaran kami.
TikTok memandang serius terhadap hak IP dan komited untuk menyediakan persekitaran pengiklanan yang selamat dan mesra pengguna.
Kami melarang pengiklan dan pengguna daripada menyiarkan kandungan yang melanggar hak IP individu lain dalam iklan berbayar dan kandungan komersial lain di TikTok. Lihat lebih lanjut dalam Dasar Pengiklanan TikTok dan Garis Panduan Komuniti. Kami menyemak dasar IP kami dengan kerap dan mewujudkan langkah untuk mencegah dan membanteras kandungan yang melanggar dasar sebelum dan selepas penyiaran.
1.1.1 Bagaimanakah kita boleh mengesahkan maklumat perniagaan?
Apabila anda mencipta akaun iklan di TikTok, anda akan diminta mengesahkan maklumat perniagaan anda. Lihat di sini untuk memahami cara mengesahkan perniagaan anda di TikTok.
1.1.2 Apakah langkah proaktif yang dilaksanakan oleh TikTok untuk membanteras pemalsuan dan pelanggaran IP lain dalam iklan dan kandungan komersial?
Semua kandungan komersial dan iklan berbayar disemak oleh TikTok sebelum disiarkan secara langsung. Kami mempunyai langkah perlindungan yang dilaksanakan di TikTok. Langkah tersebut menggabungkan teknologi penyelarasan kandungan inovatif dengan pasukan penyelarasan manusia yang kukuh untuk menguatkuasakan Garis Panduan Komuniti, Terma Perkhidmatan dan Dasar Pengiklanan kami dan juga untuk memberikan respons kepada laporan pemegang hak.
Iklan dan halaman pendaratan yang berkaitan akan disemak berdasarkan pelbagai jenis isyarat. Selepas iklan dilancarkan, iklan tersebut mungkin dipilih untuk menjalani semakan selanjutnya atas pelbagai sebab, termasuk sama ada individu menyembunyikan, menyekat, melaporkan atau sebaliknya memberikan maklum balas negatif tentang iklan tersebut.
Tindakan mungkin diambil terhadap akaun pengiklan jika akaun tersebut tidak mematuhi dasar kami. Sebagai contoh, akaun pengiklan akan digantung atas sebab pelanggaran pemalsuan, pelanggaran tanda dagangan dan pelanggaran hak cipta yang dikesan.
1.2.1 Bagaimanakah pemegang hak boleh melaporkan pelanggaran IP dalam Iklan TikTok dan kandungan komersial lain?
Kami menyediakan saluran khusus untuk pemegang hak dan wakil yang diberikan kuasa untuk melaporkan pemalsuan, pelanggaran tanda dagangan dan pelanggaran hak cipta dalam Iklan TikTok dan kandungan komersial lain, termasuk borang web pelaporan dalam talian kami. Pemegang hak boleh melaporkan pelanggaran dalam kandungan, akaun serta halaman pendaratan.
Kami mempunyai pasukan Operasi IP global yang khusus untuk menyemak laporan pelanggaran IP pemegang hak terhadap Iklan TikTok dan kandungan komersial lain. Jika laporan adalah sah dan mempunyai maklumat yang mencukupi, pasukan kami akan mengalih keluar kandungan yang dilaporkan dengan segera dan menghukum pengiklan berkaitan yang telah menyiarkan atau membuat bayaran untuk kandungan tersebut mengikut dasar kami.
Kami terus melabur dan mengoptimumkan mekanisme laporan kami untuk meningkatkan fungsi pelaporan dan menyemak kecekapan. Lihat lebih lanjut tentang Soalan Lazim dalam Bahagian 2.
1.3.1 Bagaimanakah Iklan TikTok bekerjasama dengan pemegang hak untuk menangani pelanggaran IP?
Kami amat menghargai maklum balas dan bantuan daripada pemegang hak dalam membantu TikTok meningkatkan keupayaan perlindungan IP kami bagi Iklan dan kandungan komersial. Kerjasama ini adalah penting untuk menyediakan pengesanan pelanggaran yang komprehensif.
Kami menyediakan saluran khusus untuk pemegang hak dan wakil yang diberikan kuasa untuk melaporkan pemalsuan, pelanggaran tanda dagangan, pelanggaran hak cipta dan pelanggaran IP lain dalam Iklan TikTok dan kandungan komersial lain, termasuk borang web pelaporan dalam talian kami.
2.1.1 Bagaimanakah cara anda boleh mengenal pasti Iklan dan kandungan komersial di TikTok?
Anda akan melihat pelbagai jenis iklan berbayar dan kandungan komersial apabila anda menggunakan TikTok yang termasuk:
Siaran dengan ikon "Ditaja" atau "Iklan" (dibayar oleh pengiklan).
Siaran yang mempunyai ikon “Perkongsian berbayar” yang mungkin berdasarkan komisen atau perkongsian dengan jenama.
Siaran dengan ikon “Kandungan promosi” yang menunjukkan kandungan komersial untuk mempromosikan jenama atau perniagaan mereka sendiri.
2.1.2 Bagaimanakah Iklan dan kandungan komersial boleh dicari di TikTok?
Kami menyediakan Pustaka Kandungan Komersial ("Pustaka Iklan") dan API Kandungan Komersial kepada mereka yang berminat dalam mengkaji dan mencari kandungan komersial di TikTok. Alat ini menyediakan wawasan kepada iklan dan jenis kandungan lain yang mempromosikan jenama, produk atau perkhidmatan di TikTok.
Hanya data dari Eropah tersedia pada masa ini. Ketersediaan dalam pasaran lain mungkin akan berkembang pada masa hadapan berdasarkan hala tuju kami. Ketahui lebih lanjut tentang Pustaka Iklan dalam Pustaka Iklan—Soalan Lazim.
2.2.1 Bagaimanakah cara melaporkan Iklan dan kandungan komersial lain di TikTok?
Jika anda mengenal pasti pelanggaran pemalsuan, tanda dagangan dan hak cipta dalam Iklan TikTok atau kandungan komersial, anda boleh memfailkan laporan secara langsung daripada butang laporan Dalam Aplikasi/Dalam Web atau daripada borang web dalam talian kami.
Pemegang hak sering memanfaatkan Pustaka Iklan kami untuk mencari iklan dan kandungan komersial yang mencurigakan melalui penggunaan kata kunci. Walau bagaimanapun, harap maklum bahawa Pustaka Iklan ialah alat ketelusan dan bukannya alat penguatkuasaan. Jika anda percaya bahawa Iklan yang anda kenal pasti dalam Pustaka Iklan melanggar hak IP anda, anda masih perlu memfailkan laporan menggunakan borang web dalam talian kami.
Kami mengesyorkan agar anda untuk memberikan URL halaman pustaka Iklan dan ID Iklan yang anda kenal pasti daripada Pustaka Iklan dalam borang web dalam talian supaya pasukan kami boleh mencari kandungan iklan tersebut dengan lebih cekap.
2.2.2 Bolehkah berbilang iklan dilaporkan pada satu masa?
Borang web dalam talian kami hanya menerima satu URL bagi setiap laporan pada masa ini. Kami sedang mengkaji cara menambah baik keupayaan pelaporan dan akan memberitahu anda jika terdapat kemas kini tentang sebarang perkembangan pada masa akan datang.
2.3.1 Mengapakah laporan pelanggaran IP mungkin ditolak?
Kami mungkin menolak laporan anda atas sebab yang berbeza seperti:
kami tidak dapat mencari Iklan TikTok yang mengandungi maklumat yang anda serahkan. Kami mungkin menolak laporan anda jika anda melaporkan kandungan pengguna TikTok atau kandungan TikTok Shop dan bukannya iklan berbayar/kandungan komersial. Lihat lebih lanjut tentang iklan dan kandungan komersial dalam Bahagian 2.1.1
maklumat/bukti yang diserahkan tidak mencukupi untuk kami mengesahkan bahawa wujudnya pelanggaran IP;
kandungan iklan telah pun ditolak/dialih keluar;
dll.
2.3.2 Apakah yang boleh anda lakukan selepas laporan ditolak?
TikTok menyediakan saluran laporan yang berbeza untuk jenis kandungan TikTok yang berbeza. Sila semak sama ada anda memberikan URL yang betul untuk Iklan TikTok atau kandungan komersial semasa anda memfailkan laporan menggunakan borang web dalam talian kami.
Jika anda ingin melaporkan pelanggaran IP dalam kandungan bukan komersial yang disiarkan oleh pengguna TikTok, sila lawati dasar dan panduan kami di sini.
Jika anda ingin melaporkan kandungan TikTok Shop atau Tokopedia, anda boleh menggunakan alat IPPC atau borang web dalam talian kami di sini.
Jika anda masih ingin melaporkan iklan TikTok atau kandungan komersial, anda boleh memfailkan laporan baharu menggunakan borang web dalam talian ini sekali lagi.
Jika laporan anda ditolak disebabkan oleh maklumat/bukti yang tidak mencukupi dan ingin membuat laporan sekali lagi, kami mengesyorkan agar anda menghubungi peguam anda dan sila berikan lampirkan semua lokasi iklan yang diperlukan & tepat, sebab pelanggaran dan bukti untuk membantu pasukan kami membuat keputusan.
2.4.1 Bagaimanakah TikTok mengendalikan pelanggaran akaun Iklan dan pengiklan?
Menurut dasar kami, kami akan mengalih keluar/menyahdayakan kandungan pelanggaran dan/atau menggantung akaun pengiklan berkaitan (yang menyiarkan atau menaja kandungan tersebut) dengan segera jika laporan pelanggaran IP adalah sah. Bergantung pada tahap keterukan pelanggaran itu, akaun pengiklan mungkin digantung buat sementara waktu atau secara kekal.
Lawati Pusat Bantuan kami untuk membaca lebih lanjut tentang Peraturan Pelanggaran Harta Intelektual untuk Iklan.
2.4.2 Berapa lamakah masa yang diambil untuk mengalih keluar Iklan yang mengandungi pelanggaran selepas laporan disahkan?
Jika laporan anda adalah lengkap, sah dan jelas, pasukan khusus kami biasanya akan mengalih keluar iklan yang dilaporkan dengan segera dalam masa dua hari bekerja.
Pengendalian laporan pelanggaran IP yang kompleks mungkin mengambil masa yang lebih lama. Usah khuatir, kami akan memberikan respons kepada anda selepas kami membuat keputusan.
2.5.1 Bagaimanakah pengiklan boleh membuat rayuan jika Iklan atau kandungan komersial mereka dialih keluar?
Kami akan memberitahu anda apabila kami mengalih keluar iklan atau kandungan komersial anda disebabkan oleh laporan pelanggaran IP pemegang hak. Anda berhak untuk membuat rayuan mengikut panduan dalam pemberitahuan kami.
Sebagai pengguna atau pengiklan TikTok, anda bertanggungjawab terhadap kandungan yang anda siarkan. Jika anda mempunyai soalan tentang undang-undang IP, seperti soalan tentang sama ada kandungan anda melanggar hak orang lain atau anda melanggar hak seseorang apabila anda menggunakan nama atau jenama orang lain, anda mungkin perlu menghubungi peguam.
Harap maklum bahawa TikTok tidak boleh menyelesaikan pertikaian antara pihak ketiga. Mengikut kewajipan undang-undang kami, kami mengekalkan proses untuk menangani laporan pelanggaran hak IP dan pertikaian yang berkaitan. Pengguna atau pemegang hak mungkin mempunyai cara lain untuk mendapatkan resolusi, seperti proses penyelesaian pertikaian di luar mahkamah atau prosiding dalam mahkamah di bawah undang-undang di negara mereka.