Format iklan dinamik bergantung pada keupayaan pemadanan antara peristiwa isyarat dengan katalog produk anda. Kadar padanan katalog ialah peratusan peristiwa dengan produk yang dipadankan daripada semua peristiwa. Padanan ini dikira dengan membahagikan bilangan peristiwa isyarat yang sepadan dengan produk dalam katalog anda dengan jumlah peristiwa isyarat yang dikongsi dengan TikTok.
Sebagai contoh, 600 peristiwa Tambah kepada Troli sepadan dengan produk dalam katalog anda/1000 peristiwa Tambah kepada Troli yang dikongsi dengan TikTok=60% kadar padanan Tambah kepada Troli
Kadar padanan katalog mencerminkan keupayaan sistem untuk memilih dan mempamerkan produk dengan niat pengguna yang tinggi. Apabila katalog anda mempunyai kadar padanan yang rendah, hal ini mengehadkan keupayaan sistem iklan kami untuk mengenal pasti produk yang paling menarik dan menyediakan produk tersebut untuk audiens anda. Hal ini boleh memberikan kesan negatif pada prestasi iklan anda. Kami mengesyorkan agar anda mengekalkan tahap kadar padanan anda melebihi 90% untuk memastikan prestasi iklan yang optimum untuk Iklan Beli-belah Video.
Nota: Penyambungan berbilang katalog kepada pixel atau aplikasi yang sama boleh menjejaskan kadar padanan anda. Kadar padanan mungkin terbahagi serta berpotensi menghasilkan kadar padanan yang lebih rendah untuk setiap katalog berasingan.

Dalam contoh di atas, Katalog A mempunyai kadar padanan yang lebih rendah iaitu sebanyak 60% dan bukannya 90% bagi kedua-dua katalog. Kadar padanan yang lebih rendah untuk katalog tertentu boleh menjejaskan prestasi iklan anda apabila anda menggunakan katalog tertentu itu. Untuk mengelakkan perkara ini, kami mengesyorkan agar anda menggabungkan kesemua item anda dalam satu katalog untuk memastikan prestasi iklan yang optimum. Hari ini, kami memerhatikan katalog yang disambungkan kepada pixel peristiwa mengandungi peristiwa berbilang negara yang menyukarkan pengiklan mendiagnosis dan menyelesaikan kadar padanan yang rendah pada tahap katalog. Mulai 31 Mei 2024, kadar padanan di Pengurus Katalog TikTok akan disesuaikan dengan negara asal katalog anda. Peningkatan ini memastikan ketepatan dan memperkasakan anda untuk mengoptimumkan iklan anda dengan lebih berkesan dalam wilayah tertentu. Contohnya, jika anda mempunyai katalog yang dicipta untuk Amerika Syarikat, anda akan menerima wawasan tentang bilangan peristiwa pengguna di Amerika Syarikat yang dipadankan dengan produk dalam katalog tersebut.
Anda boleh mencipta set produk sekiranya anda ingin mempromosikan produk tertentu dalam katalog anda. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang set produk, rujuk Perihal Set Produk.
Untuk mengetahui cara menyediakan dan melihat kadar padanan katalog, rujuk Cara menyediakan dan melihat kadar padanan katalog.
Untuk mendapatkan petua tentang cara meningkatkan kadar padanan katalog anda, rujuk Amalan terbaik untuk meningkatkan kadar padanan peristiwa katalog anda.