Pengiklanan di TikTok

Cara bermula dengan Iklan TikTok Shop

Kemas kini terakhir: Mei 2024

TikTok Shop tersedia di Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Vietnam. Jika anda belum lagi mempunyai TikTok Shop, cipta TikTok Shop di sini.


Selepas anda memiliki TikTok Shop, anda boleh menyediakan Iklan Kedai di Pusat Penjual. Mula-mula, pergi ke Pusat Penjual anda dan pergi ke bahagian Iklan di sebelah kiri.


Dalam bahagian Iklan, sekiranya anda sudah dapat melihat butang Cipta Kempen atau butang Cipta Iklan, hal ini bermakna bahawa anda boleh terus mencipta iklan dengan segera. Jika tidak, lengkapkan langkah yang perlu yang dinyatakan pada halaman yang mungkin merangkumi perkara berikut:

  • Menyambungkan akaun Pusat Perniagaan

  • Menyambungkan akaun Pengurus Iklan

  • Menyambungkan akaun TikTok


Selepas mengklik butang Cipta Kempen, anda mungkin dihalakan semula ke Pengurus Iklan TikTok. Sentiasa pilih Jualan Produk sebagai objektif kempen anda dengan TikTok Shop sebagai sumber produk, kemudian cipta dan terbitkan iklan anda.


https://lf16-cognition-tos.ibytedtos.com/obj/cognition-sg-public/attachment_321812d69fd34873a89f7f12d054921b.png

Lihat Bermula dengan Iklan Beli-belah Video, Bermula dengan Iklan Beli-belah LIVE dan Mengiklan menggunakan imej produk daripada TikTok Shop untuk mendapatkan maklumat lanjut.


Jika anda tidak dapat mengakses bahagian Iklan atau mengalami isu, rujuk langkah Penyelesaian Masalah yang diberikan di bawah.


Penyelesaian Masalah

Di Pusat Penjual, saya tidak dapat melihat tab Iklan di sebelah kiri. Apakah yang patut saya buat?

  • Untuk Amerika Syarikat, klik bahagian Pemasaran di sebelah kiri, kemudian klik bahagian Iklan di sebelah kiri.

  • Pastikan bahawa anda telah log masuk ke Pusat Penjual menggunakan alamat e-mel pengguna yang mempunyai kebenaran Pemilik Kedai atau Pentadbir atau Pengurus Pengiklanan. Jika anda tidak mempunyai kebenaran Pusat Penjual ini, minta Pemilik Kedai atau Pentadbir anda memberi anda kebenaran Pusat Penjual ini.

  • Selepas anda diberi kebenaran Pusat Penjual ini, jika anda masih tidak dapat melihat tab Iklan di sebelah kiri, kosongkan cache & kuki pelayar anda, mulakan semula pelayar anda, log masuk semula ke Pusat Penjual dan pergi semula ke tab Iklan.


Di Pusat Penjual, saya melihat mesej ralat "Kebenaran Tidak Sah" yang berikut dalam tab Iklan. Apakah yang patut saya buat?

Invalid Permissions JPG
  • Minta pentadbir Pusat Perniagaan anda memberikan kebenaran pentadbir Pusat Perniagaan kepada alamat e-mel pengguna yang anda gunakan untuk log masuk ke Pusat Penjual. Selepas itu, anda tidak akan lagi melihat mesej ralat ini.

  • Jika anda masih melihat mesej ralat ini, kosongkan cache & kuki pelayar anda, mulakan semula pelayar anda, log masuk semula ke Pusat Penjual dan pergi semula ke tab Iklan.

  • Jika pentadbir Pusat Perniagaan anda (cth. dimiliki oleh bekas rakan kongsi) tidak lagi bekerjasama dengan anda (iaitu, tidak lagi terus menyiarkan iklan untuk kedai anda), anda boleh meminta bekas rakan kongsi anda menyahpautkan kedai anda daripada Pusat Perniagaannya. Selepas itu, anda tidak akan lagi melihat mesej ralat ini. Lengkapkan langkah yang perlu yang dinyatakan pada halaman, kemudian klik butang Cipta Kempen.


Di Pusat Penjual, saya melihat mesej ralat "Status Kedai Tidak Sah" yang berikut dalam tab Iklan. Apakah yang patut saya buat?

Invalid Shop Status JPG
  • Hal ini bermakna bahawa kedai anda belum melengkapkan proses untuk mula menjual produk. Kedai anda harus melengkapkan proses yang perlu terlebih dahulu di Pusat Penjual dan menyediakan produk untuk pembelian.

  • Selepas itu, anda tidak akan lagi melihat mesej ralat ini. Lengkapkan langkah yang perlu yang dinyatakan pada halaman, kemudian klik butang Cipta Kempen.


Di Pusat Penjual, saya ingin menyambungkan akaun Pusat Perniagaan saya yang sedia ada dalam tab Iklan, tetapi saya tidak dapat melihat akaun Pusat Perniagaan saya. Apakah yang patut saya buat?

  • Anda perlu memastikan bahawa alamat e-mel yang anda gunakan untuk log masuk ke Pusat Penjual pada masa ini mempunyai akses pentadbir kepada Pusat Perniagaan anda yang sedia ada.

  • Sebagai alternatif, anda boleh mencipta akaun Pusat Perniagaan baharu dengan mengikut langkah yang perlu yang dinyatakan pada halaman, kemudian klik butang Cipta Kempen.


Di Pusat Penjual, saya ingin menyambungkan akaun Pengurus Iklan saya yang sedia ada dalam tab Iklan, tetapi saya tidak dapat melihat akaun Pengurus Iklan saya. Apakah yang patut saya buat?

  • Anda perlu memastikan bahawa akaun Pengurus Iklan anda yang sedia ada disambungkan dengan Pusat Perniagaan pada masa ini.

  • Sebagai alternatif, anda boleh mencipta akaun Pengurus Iklan baharu dengan mengikut langkah yang perlu yang dinyatakan pada halaman, kemudian klik butang Cipta Kempen.


Di Pusat Penjual, saya ingin menambah ahli baharu dalam tab Iklan. Apakah yang patut saya buat?

Dalam tab Iklan, anda harus pergi ke Pengurusan Akaun, pilih Urus Ahli, kemudian jemput ahli baharu atau beri ahli sedia ada kebenaran untuk akaun iklan, kedai dan akaun TikTok.


Di Pusat Penjual, saya ingin mencipta akaun Pengurus Iklan yang baharu dalam tab Iklan. Apakah yang patut saya buat?

Dalam tab Iklan, anda harus pergi ke Pengurusan Akaun, pilih Tambah Akaun, kemudian lengkapkan langkah yang perlu yang dinyatakan pada halaman.


Di Pusat Penjual, saya ingin menyambungkan akaun Pengurus Iklan sedia ada yang lain dalam tab Iklan. Apakah yang patut saya buat?

Dalam tab Iklan, anda harus pergi ke Pengurusan Akaun, pilih Tambah Akaun, kemudian lengkapkan langkah yang perlu yang dinyatakan pada halaman.


Di Pusat Penjual, saya ingin menyambungkan akaun TikTok yang lain dalam tab iklan. Apakah yang patut saya buat?

Dalam tab Iklan, anda harus pergi ke Pengurusan Akaun, pilih Sambungkan Akaun, kemudian lengkapkan langkah yang perlu yang dinyatakan pada halaman.


Di Pusat Penjual, saya ingin berkongsi akses dengan rakan kongsi dalam tab Iklan. Apakah yang patut saya buat?

Dalam tab Iklan, anda harus pergi ke Pengurusan Akaun, pilih Pengurusan Rakan Kongsi, pilih Tambah Rakan Kongsi, kemudian lengkapkan langkah yang perlu yang dinyatakan pada halaman.


Di Pusat Penjual, saya ingin menyambungkan akaun Pusat Perniagaan sedia ada yang lain dalam tab Iklan. Apakah yang patut saya buat?

Dalam tab Iklan, anda harus pergi ke Pengurusan Akaun, pilih Pengurusan Rakan Kongsi, pilih Tambah Rakan Kongsi, kemudian lengkapkan langkah yang perlu yang dinyatakan pada halaman.