Kisah kejayaan

Zoo Berry

Jenama gula-gula jeli halal Malaysia dan agensi The Future Brands Sdn Bhd menggunakan Iklan Beli-belah LIVE dan Video untuk menjual lebih dariapada 5.1K produk dalam sebulan

zoo-berry-banner
15.2 x
ROAS*
*dalam masa sebulan
>5.1 K
Produk Terjual*
>1.6 J
Tanggapan*

Objektif

Berasal dari Malaysia, Zoo Berry ialah jenama snek yang menawarkan pelanggan pelbagai gula-gula jeli berkualiti tinggi yang disahkan halal pada harga yang berpatutan. Dengan pangkalan pengguna TikTok yang luas dan demografi yang luas, Zoo Berry mengenal pasti potensi platform ini untuk mengembangkan perniagaan mereka dan mula menyiarkan video kreatif dan kandungan yang mengasyikkan dengan kerap. Setelah mula memperoleh tarikan, Zoo Berry mempertingkat strategi pemasaran mereka dengan penyelesaian pengiklanan di TikTok untuk memperluas jangkauan mereka dan meningkatkan jualan produk melalui TikTok Shop.



Penyelesaian

Zoo Berry, dengan matlamat untuk menjangkau pengguna baru dan mengubah penonton menjadi pelanggan yang membuat pembelian, melancarkan satu siri Iklan Beli-belah LIVE (LSA) dan Iklan Beli-belah Video (VSA). LSA, alat yang membolehkan jenama menstrim dan menjual produk mereka pada masa nyata, telah digunakan oleh Zoo Berry untuk berkomunikasi secara langsung dengan penonton, menjawab soalan mereka dengan segera dan meningkatkan kebarangkalian pembelian semasa strim langsung. Format interaktif dan mengasyikkan ini menambah keunikan dalam pengalaman beli-belah, membolehkan penonton melihat pesanan mereka dikemas.


Selain itu, kempen VSA Zoo Berry meletakkan kreatif video mereka di halaman 'Untuk Anda'. Format iklan ini membolehkan pengiklan menggunakan penyasaran lanjutan, mengoptimumkan untuk matlamat corong penuh dan menambahkan Pautan Sauh Produk ke bahagian bawah kreatif video mereka dan memautkan pengguna ke Halaman Butiran Produk mereka secara terus untuk proses daftar keluar dan pembayaran yang lancar.


Zoo Berry membuat keputusan strategik dalam pendekatan pengiklanan mereka. Mereka menggunakan penyasaran luas untuk menjangkau seramai mungkin pengguna yang boleh sementara menggunakan Penyasaran Tersuai untuk mengecualikan pengguna yang telah membeli daripada TikTok Shop mereka dalam 14 hari yang lalu. Iklan Beli-belah mereka memilih untuk Memaksimumkan strategi bida GMV. Pilihan ini membolehkan sistem menyasarkan pengguna yang lebih berkemungkinan membuat pembelian dan melengkapkan pesanan bernilai tinggi, denganitu memaksimumkan potensi untuk hasil yang lebih tinggi.



Hasil

Dalam masa satu bulan sahaja, penggunaan kempen LSA dan VSA secara strategik oleh Zoo Berry menghasilkan pulangan sebanyak 15.2 kali ganda Pulangan Perbelanjaan Iklan (ROAS) dan lebih 5.1K jumlah produk terjual. Kisah kejayaan mereka yang memperoleh lebih 1.6 juta tanggapan menunjukkan potensi besar pada platform dan penyelesaian yang ditawarkan oleh TikTok. Pengalaman Zoo Berry telah membuktikan bahawa TikTok boleh membawa perubahan yang besar kepada perniagaan kecil, menawarkan platform yang unggul untuk memperoleh keterlihatan, mempamerkan personaliti jenama, menceritakan kisah jenama yang meyakinkan dan berinteraksi dengan pelanggan dengan cara yang tulus dan berhubungan.

Quote

Sebagai pakar manisan, saya memimpin empayar gula-gula jeli kami dengan penuh semangat, mencipta snek yang mencetuskan kegembiraan dalam setiap kunyahan. Perniagaan kami telah mengalami pertumbuhan yang ketara sejak mula menggunakan TikTok, meningkatkan margin keuntungan sebanyak 85% tahun lepas.

Jasmine Chew
Pengurus Projek

Ready to get started?

Sign up for our newsletter

By clicking the "Sign Up" button, you confirm your consent to receiving the TikTok for Business Newsletter and the latest updates, news, and events from TikTok for Business. Your information will be used in accordance with our Privacy Policy. You may opt out at any time.

TikTok For Business