Jenama pakaian sopan di Malaysia menarik pelanggan baharu dengan Iklan Beli-belah LIVE untuk memacu 6.9x ROAS
Syarikat permulaan fesyen yang berjaya selalunya cepat mengenal pasti trend baharu dan memenuhi permintaan pengguna. ZUCCA, jenama fesyen yang menggunakan model runcit masa nyata, mendapati bahawa TikTok ialah platform yang ideal untuk mengembangkan komuniti dalam talian mereka sambil mengumpul maklum balas pelanggan secara serentak. Platform ini membenarkan kandungan mereka dilihat oleh pelbagai khalayak pada suapan ‘Untuk Anda’ dan memudahkan pengguna untuk melibatkan diri dengan jenama itu melalui suka, komen dan beli-belah melalui Kedai TikTok mereka. Untuk memperkukuh impak perniagaan dan mencapai peningkatan hasil, ZUCCA memerlukan penyelesaian iklan untuk meluaskan jangkauannya dan meningkatkan interaksi dengan pelanggannya, sambil memacu jualan produk.
Penyelesaian Iklan Beli-belah LIVE (LSA) menunjukkan ciri terbaik untuk membantu ZUCCA mencapai matlamat mereka. Dengan menyediakan kempen di bawah objektif ‘Interaksi Komuniti’, ZUCCA akan dapat menjangkau khalayak yang lebih berkemungkinan untuk terlibat dengan jenama itu semasa sesi LIVE mereka, secara beransur-ansur membina komuniti mereka sendiri di TikTok. Ini juga bermakna bahawa mereka akan dapat menerokai permintaan pelanggan dan menerima maklum balas tentang produk mereka, yang membolehkan mereka meningkatkan kecekapan barisan pengeluaran mereka agar lebih sesuai dengan keperluan pelanggan.
Menggunakan video LIVE sebagai kandungan kreatif iklan, ZUCCA memanfaatkan LSA untuk merangsang trafik ke strim langsung mereka, meningkatkan jualan dengan menjangkau khalayak baharu yang mungkin tidak pernah mendengar tentang jenama itu sebelum ini. Secara progresif, ZUCCA juga mendapati bahawa melibatkan diri dengan pelanggan mereka dalam masa nyata adalah berkesan untuk meningkatkan pangkalan komuniti mereka dan memacu lebih banyak jualan produk.
Iklan Beli-belah LIVE berkesan dalam membantu ZUCCA mencapai matlamat mereka, lantas terbukti sebagai penyelesaian yang melengkapkan model runcit masa nyata dan keperluan perniagaan mereka. Renungan sepintas lalu pada kempen LSA terhebat mereka menyaksikan 6.9x ROAS dengan purata CVR 5.4%. Untuk meraih kejayaan jangka panjang, jenama itu membuat keputusan untuk memfokuskan semua usaha pengiklanan digital di TikTok dan minat komuniti yang berterusan dengan menganjurkan sesi LIVE setiap hari pada hari bekerja. Sesi LIVE ini juga akan menampilkan hos yang menawan dan hadiah menarik untuk melibatkan semula pelanggan secara berterusan dan memberi ganjaran kepada pelanggan atas sokongan mereka.
By clicking the "Sign Up" button, you confirm your consent to receiving the TikTok for Business Newsletter and the latest updates, news, and events from TikTok for Business. Your information will be used in accordance with our Privacy Policy. You may opt out at any time.