Sumber dasar pengiklanan
Objektif jualan produk
Persediaan katalog
Iklan Beli-belah Video (untuk Katalog)
Iklan TikTok Shop
Iklan Beli-belah Video (untuk TikTok Shop)
Iklan Beli-belah LIVE
Iklan Beli-belah Produk
Kreatif sekutu kedai
Store Promotion Ads
Tokopedia Ads
Penukaran web
VBO Web
Iklan Beli-belah Produk ialah iklan yang menggunakan imej produk dan maklumat daripada Halaman Butiran Produk bagi produk anda. Apabila seseorang mengklik pada Iklan Beli-belah Produk, individu tersebut akan pergi ke Halaman Butiran Produk untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk anda dan membuat pembelian. Anda boleh mencipta Iklan Beli-belah Produk di Pengurus Iklan TikTok.
Iklan Beli-belah Produk tersedia di Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam, Amerika Syarikat dan United Kingdom.
Iklan untuk produk yang kehabisan stok akan dijedakan dan disambung semula selepas stok produk tersebut diisi semula.
Iklan menggunakan imej dan maklumat Halaman Butiran Produk terkini daripada TikTok Shop di Pusat Penjual.
Setiap kumpulan iklan hanya boleh mengandungi satu Iklan Beli-belah Produk. Cipta berbilang kumpulan iklan untuk mencipta lebih banyak Iklan Beli-belah Produk.
Untuk mencipta Iklan Beli-belah Produk.
Log masuk ke Pengurus Iklan TikTok.
Klik Cipta iklan.
Pilih Jualan sebagai objektif iklan anda.
Pilih TikTok Shop sebagai sumber produk anda.
Masukkan tetapan kempen anda dan klik Teruskan.
Pilih Iklan Beli-belah Produk sebagai jenis Iklan Kedai anda.
Dalam bahagian Butiran sumber produk, klik Pilih TikTok Shop dan pilih kedai yang ingin anda gunakan sebagai sumber produk anda.
Dalam bahagian Pembidaan & pengoptimuman, pilih salah satu matlamat pengoptimuman berikut:
Hasil kasar: Maksimumkan hasil kasar anda untuk mencapai pulangan yang diingini bagi perbelanjaan iklan (ROAS). Anda boleh menyediakan ROAS Sasaran jika anda ingin mengawal pembidaan anda atau membiarkan bahagian ini kosong untuk mencapai hasil kasar yang terpaling tinggi. Ketahui lebih lanjut tentang pengoptimuman hasil kasar untuk Iklan TikTok Shop.
Pembelian: Maksimumkan bilangan pesanan yang diserahkan untuk mendapatkan kos setiap pesanan yang lebih rendah. Anda boleh menyediakan CPA Sasaran jika anda ingin mengekalkan purata kos setiap pesanan yang diserahkan.
Klikan: Maksimumkan bilangan klikan dan minimumkan kos setiap klikan anda. Anda boleh menyediakan Had kos setiap klikan tersuai jika anda ingin mengekalkan purata kos setiap klikan.
Lengkapkan tetapan kumpulan iklan anda yang selebihnya dan klik Teruskan.
Dalam bahagian Butiran produk, pilih jenis produk yang ingin anda promosikan. Anda boleh mempromosikan semua produk di kedai anda atau pilih produk tertentu:
Semua produk: Tunjukkan produk yang audiens paling berkemungkinan akan beli daripada inventori anda yang tersedia.
Produk tertentu: Tunjukkan produk yang audiens paling berkemungkinan akan beli daripada satu atau lebih produk yang anda pilih dari kedai anda. Anda boleh memilih sehingga 50 produk.
Apabila anda selesai, klik Serahkan.
Iklan Beli-belah Produk anda akan diserahkan untuk disemak. Apabila diluluskan, audiens akan melihat iklan anda dalam Pengesyoran TikTok dan Carian dalam Tab Kedai. Produk yang anda pilih akan muncul dalam Iklan Beli-belah Produk anda selagi produk tersebut masih ada. Jika mana-mana produk ini kehabisan stok, produk tersebut tidak akan muncul lagi dalam iklan anda.
Nota: Penjual yang layak di Indonesia mempunyai pilihan untuk memilih peletakan Tokopedia di bawah tetapan kumpulan iklan. Untuk peletakan Tokopedia, belanjawan harian minimum yang disokong ialah USD0.6 atau IDR6,000 dan anda boleh memilih sehingga 300 produk jika anda memilih produk tertentu.