Kisah kejayaan

Masdora Jewellery

Jenama barang kemas Malaysia dan agensi eCommerce Ninja memanfaatkan Iklan Beli-belah Video (VSA) dan tanda pagar sohor kini untuk mendorong 39x ROAS sepanjang Ramadan 2023

Masdora Banner Masdora Logo
39 x
ROAS bagi VSA antara 22 Mac hingga 21 Apr
>2.5 K
Produk terjual
>800 K
Tanggapan

Objektif

Masdora diasaskan oleh En. Poon Wai Kit yang mempunyai kepakaran bertahun-tahun dalam industri emas, bertujuan untuk mendidik generasi muda di Malaysia tentang pentingnya menyimpan emas. Masdora menyasarkan untuk menjadi jenama barang kemas terkemuka bagi khalayak muda, menawarkan rangkaian premium barang kemas emas yang dilancarkan secara eksklusif di platform e-Dagang, yang popular dalam kalangan demografi sasaran. Kejayaan mereka membawa kepada pembukaan gedung fizikal yang memberikan pelanggan pengalaman membeli-belah secara bersemuka.


Berdasarkan trend membeli-belah di TikTok Shop yang semakin popular dalam kalangan generasi muda di Malaysia, Masdora menyelaraskan audiens sasaran mereka dengan platform ini. Mereka melihat peluang untuk mempamerkan emas jongkong kompak mereka, yang merupakan pelaburan yang boleh dikumpul, yang menepati cita rasa golongan dewasa muda di TikTok. Masdora berkolaborasi dengan syarikat e-Dagang Ninja Marketing untuk membuka TikTok Shop mereka pada Jun 2022, seterusnya bekerjasama dalam kempen yang berjaya mengatasi penanda aras dari segi tanggapan, penukaran dan ROAS. Perkara ini meningkatkan lagi keyakinan mereka dalam menyusun strategi untuk melancarkan Iklan Kedai tambahan di platform untuk merangsang jualan produk sepanjang tempoh perayaan Ramadan 2023.



Penyelesaian

Masdora melancarkan kempen Iklan Beli-belah Video (VSA) untuk menjanakan keterujaan terhadap produk mereka. VSA muncul dalam For You Feed 'Untuk Anda' sebagai video boleh beli-belah yang membolehkan pengguna menyemak imbas produk pedagang dengan mudah dengan mengklik pautan utama atau kad produk di bahagian bawah. Seterusnya, pengguna boleh menambah produk ke troli masing-masing dan membuat pembayaran dalam aplikasi.


VSA membolehkan pengiklan seperti Masdora Jewellery menghasilkan beberapa variasi kreatif video dan kad produk yang menampilkan jongkong emas mereka, yang akan terus mengoptimumkan kempen dengan pilihan automatik gabungan dengan kadar penukaran tertinggi. Seterusnya, dengan mengaitkan kreatif video tersebut dengan tanda pagar sohor kini seperti #ramadhan2023, #salamlebaran2023, #bajuraya2023 dan #ramadhanraya, video mereka memperoleh keterlihatan yang lebih tinggi dalam suapan carian tanda pagar. Hasilnya Masdora Jewellery telah memperluas jangkau pasaran sasarannya dan memastikan iklan mereka lebih relevan untuk menawan pelanggan berpotensi dan mendorong jualan produk yang lebih hebat.



Hasil

Masdora telah menjalankan kempen Ramadan yang berjaya, mencapai 39x Pulangan Perbelanjaan Iklan (ROAS) antara 22 Mac hingga 21 April. Kempen itu merekodkan jualan lebih daripada 2.5K produk dan menghasilkan lebih 800K tanggapan, sepenuhnya memenuhi objecktif objektif Masdora untuk meningkatkan jualan produk dan memaksimumkan pulangan semasa tempoh perayaan Ramadan pada tahun 2023. Setelah membandingkan prestasi semua kempen LIVE dan VSA yang dilancarkan di TikTok dengan iklan di platform lain, Masdora mendapati bahawa kempen di TikTok menjangkau pangkalan pengguna yang lebih besar, di mana VSA menunjukkan kadar penukaran yang stabil dan konsisten dengan ROAS yang lebih baik dan Iklan Beli-belah LIVE menunjukkan atribusi Nilai Jualan Kotor (GMV) yang lebih tinggi.


Sejak permulaan TikTok Shop Masdora, mereka telah mencapai peningkatan GMV sebanyak 30 kali tahun ke tahun dan mengembangkan saiz pasukan mereka sebanyak lima kali ganda. Hasil daripada strategi kandungan dan pengiklanan Masdora yang berkesan di TikTok, platform ini membawakan sehingga 75% GMV keseluruhan merentasi semua saluran jualan. Pada tahun-tahun akan datang, Masdora menyasarkan untuk bekerjasama dengan pencipta sekutu di TikTok, dan meluaskan rangkaian produk barang kemas dan produk mereka secara strategik untuk mencapai sasaran pertumbuhan tahunan sebanyak 200% di TikTok.

Quote

TikTok Shop telah meluaskan pasaran sasaran Masdora dengan ketara dengan memperkenalkan kami kepada bermacam-macam jenis pembeli yang berpotensi. Dengan sokongan pasukan pengurusan akaun dan pasukan iklan, Iklan TikTok meningkatkan jangkauan kandungan dan ROAS kami, mendorong kami ke peringkat seterusnya. Kami menjangkakan peluang untuk pertumbuhan yang berterusan di TikTok.

Poon
Pengasas

Ready to get started?

Sign up for our newsletter

By clicking the "Sign Up" button, you confirm your consent to receiving the TikTok for Business Newsletter and the latest updates, news, and events from TikTok for Business. Your information will be used in accordance with our Privacy Policy. You may opt out at any time.

TikTok For Business