Sumber dasar pengiklanan
Pilihan pengebilan TikTok
Pembayaran Manual
Pembayaran Automatik
Invois Bulanan
Invois bulanan ialah pilihan pengebilan yang tersedia di Pengurus Iklan TikTok dan Pusat Perniagaan yang membolehkan anda menggunakan kemudahan kredit yang ditawarkan oleh pasukan kewangan kami untuk membayar kos pengiklanan anda.
Untuk layak bagi kemudahan kredit, anda mesti memenuhi syarat yang berikut:
Kekalkan Akaun iklan TikTok yang aktif dengan pematuhan yang baik sekurang-kurangnya selama enam bulan, termasuk sejarah bayaran yang positif.
Pastikan aktiviti dilakukan berterusan dan memenuhi kriteria perbelanjaan rantau.
Memiliki sijil perniagaan yang sah.
Perhatian: Jika anda memenuhi syarat di atas, anda akan melihat butang Mohon Invois Bulanan pada halaman bayaran anda.
Daripada Pengurus Iklan TikTok:
Tuding di atas Alat.
Klik Bayaran.
Klik Mohon Invois Bulanan.
Isikan permohonan kemudahan kredit dengan butiran berikut:
Maklumat asas
Permohonan yang berkaitan dengan kredit
Maklumat pemohon
Klik Serahkan.
Daripada Pusat Perniagaan:
Klik Pengurusan bayaran pada menu sebelah kanan.
Klik Mohon Invois Bulanan.
Isikan permohonan kemudahan kredit dengan butiran berikut:
Maklumat asas
Permohonan yang berkaitan dengan kredit
Maklumat pemohon
Klik Serahkan.
Status permohonan invois bulanan anda akan dipaparkan pada halaman pengurusan bayaran bagi setiap akaun iklan atau akaun Pusat Perniagaan anda. Jika permohonan ditolak, anda akan mendapat pemberitahuan dan boleh membuat permohonan semula. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, hubungi pengurus akaun atau wakil jualan anda.
Sebaik sahaja kami meluluskan permohonan kemudahan kredit, anda boleh mula berbelanja. Jika anda mempunyai apa-apa pertanyaan tentang kemudahan kredit anda, hubungi pengurus akaun anda atau cipta tiket dengan sokongan pelanggan.
Ketahui cara menggunakan dana kemudahan kredit.