Bahasa Melayu
Cipta iklan

Keselamatan akaun

  1. Dasar dan keselamatan /
  2. Keselamatan akaun /
  3. Melindungi akaun TikTok for Business anda /

Amalan terbaik untuk melindungi akaun TikTok for Business anda

Kemas kini terakhir: Februari 2025

TikTok komited untuk mengekalkan persekitaran yang selamat dan terjamin untuk pengguna. Untuk mengekalkan keselamatan, TikTok mempunyai Garis Panduan Komuniti yang menyatakan perkara yang dibenarkan dan tidak dibenarkan. Apa-apa percubaan untuk mendapatkan akses tanpa kebenaran kepada akaun ialah satu pelanggaran garis panduan ini. Pengambilalihan akaun berlaku apabila akaun TikTok for Business anda terjejas disebabkan oleh akses tanpa kebenaran. Ikut langkah di bawah untuk membantu dalam memastikan akaun TikTok for Business anda selamat.


Petua untuk melindungi akaun TikTok for Business anda

  • Tetapkan kata laluan yang kukuh: Cipta kata laluan dengan panjang sekurang-kurangnya 6-20 aksara yang merupakan gabungan nombor, huruf dan aksara khas.

  • Gunakan kata laluan yang unik bagi setiap akaun: Elakkan daripada menggunakan semula kata laluan di seluruh platform untuk mengurangkan risiko.

  • Kemas kini kata laluan yang terjejas: Jika Pengurus Iklan TikTok mengesan kata laluan yang terjejas, kami akan menghantar pemberitahuan kepada anda dan menyarankan agar anda mengemas kini kata laluan dengan segera.

  • Bersedia untuk melakukan pemulihan akaun: Sediakan alamat e-mel yang selamat dan nombor telefon untuk pemulihan akaun.

  • Dayakan pengesahan 2 langkah: Lindungi akaun anda dengan pengesahan 2 langkah, supaya pengesahan tambahan diperlukan setiap kali anda log masuk. Untuk mendayakan pengesahan 2 langkah:

    • Log masuk ke Akaun TikTok for Business anda.

    • Klik gambar profil anda, kemudian klik Tetapan Pengguna.

    • Klik Keselamatan Akaun dan pilih kaedah pengesahan pilihan anda.

Ketahui lebih lanjut tentang pengesahan 2 langkah dalam Pengurus Iklan TikTok.


Perkara yang perlu dilakukan jika akaun anda terjejas

Jika akaun anda terjejas, kami akan menggantung akaun anda untuk melindungi dan menghalang akses terjejas selanjutnya. Selepas menjalankan penyiasatan, kami akan memberitahu anda tentang hasil dan tindakan yang boleh anda ambil untuk mendapatkan semula kawalan ke atas akaun anda, serta memproses pembayaran balik untuk apa-apa caj yang disebabkan oleh aktiviti yang tidak dibenarkan. Sementara itu, kami amat mengesyorkan agar anda mengambil semua langkah yang berkaitan untuk terus melindungi akaun anda.

  • ​Pelanggan terurus: Jika anda mengesyaki bahawa akaun anda terjejas, anda harus menghubungi pengurus akaun anda dengan serta-merta.

  • ​Pelanggan tidak terurus: Jika anda mengesyaki bahawa akaun anda terjejas, anda harus

    menghubungi sokongan pelanggan dengan serta-merta.


Untuk mendapatkan maklumat tambahan berkenaan cara melindungi akaun anda, sila lihat amalan terbaik kami untuk melindungi akaun Pusat Perniagaan anda.


Artikel Berkaitan
Perihal tetapan pengguna dalam TikTok for Business
Cara menghidupkan pengesahan 2 langkah dalam Pengurus Iklan TikTok
Amalan terbaik untuk melindungi Pusat Perniagaan anda