Sebelum Bermula:Ciri Pelekat Hitung Undur menyokong objektif pengiklanan Jangkauan, Tontonan Video, Trafik, Penukaran, dan Pemasangan Aplikasi di bawah Jenis Pesanan Lelongan; dan objektif Jangkauan, Trafik dan Tontonan Video di bawah Jenis Pesanan Jangkauan & Kekerapan.
Tambahan Interaktif Pelekat Hitung Undur membenarkan anda menambahkan pemasa pada iklan video anda untuk menarik perhatian audiens anda dan mencipta suasana kesegeraan.
Pelekat Hitung Undur akan muncul dalam iklan sepanjang masa dan tidak boleh ditutup sebelum iklan tersebut selesai dimainkan. Setelah Pelekat Hitung Undur muncul dalam iklan, jumlah masa yang tinggal akan dipaparkan dalam HARI-JAM-MINIT (jika baki masa melebihi 72 jam) atau JAM-MINIT-SAAT (jika baki masa kurang dari 72 jam).
Apabila penonton mengklik Pelekat Hitung Undur, mereka akan dihala semula ke halaman pendaratan yang anda sediakan. Anda boleh melaraskan saiz dan kedudukan Pelekat anda pada Pengurus Iklan TikTok.
HARI-JAM-MINIT
JAM-MINIT-SAAT
Pergi ke pengurus Iklan TikTok dan cipta kempen baharu.
Pilih Jenis pesanan dan Objektif pengiklanan anda.
Sediakan Kumpulan Iklan anda dan teruskan dengan Penciptaan Iklan.
Dayakan togol Identiti untuk mencipta Spark Ad atau matikan togol untuk mencipta Bukan Spark Ad (iklan Dalam Suapan biasa).
Pilih Video Tunggal sebagai format iklan.
Tambahkan video, teks iklan, pautan anda, dan CTA untuk melengkapkan kreatif iklan anda.
Di bawah Tambahan Interaktif, klik Cipta.
Daripada tetingkap timbul Tambahan Interaktif, pilih Pelekat > Pelekat Hitung Undur; kemudian klik Sahkan.
Daripada Editor Pelekat Hitung Undur:
Masukkan tajuk Pelekat anda.
Masukkan masa tamat Hitung Undur; pilih Zon Waktu, tarikh, dan masa.
Pilih Pelekat Warna, Sudut paparan, Peletakan, dan Saiz.
URL tambahan interaktif anda akan sama dengan URL destinasi iklan anda).
Klik Sahkanuntuk mencipta Pelekat Pengundian anda.
Klik Serahkan daripada halaman Penciptaan Iklan, apabila anda sudah sedia untuk menerbitkan iklan anda.
Untuk maklumat lanjut tentang spesifikasi iklan Pelekat Hitung Undur, sila lihat Tambahan Interaktif TikTok: Pelekat Hitung Undur.