Bahasa Melayu
Cipta iklan

Maks GMV

  1. Pengoptimuman iklan /
  2. Maks GMV /
  3. Maks GMV Produk /

Selesaikan masalah tetapan akaun untuk Maks GMV dalam Pengurus Iklan TikTok

Kemas kini terakhir: April 2025

Jika anda tidak dapat mencipta kempen Maks GMV dalam Pengurus Iklan TikTok, anda mungkin perlu menyemak tetapan akaun anda dalam Pusat Perniagaan, Pusat Penjual dan Pengurus Iklan TikTok.

Saya tidak melihat apa-apa kedai untuk dipilih bagi kempen Maks GMV saya

Jika tiada TikTok Shop untuk dipilih semasa ada mencipta kempen Maks GMV anda, pastikan

  1. Anda mempunyai Pusat Perniagaan yang disambungkan kepada Kedai anda.

  2. Jika anda agensi yang menjalankan Maks GMV untuk penjual, anda perlu memiliki akses promosi iklan kepada kedai yang ingin dipromosikan.

  3. Jika anda penjual yang menjalankan Maks GMV untuk kedai anda sendiri, anda memerlukan kebenaran Pentadbir atau Pengurus Pengiklanan untuk kedai anda.

  4. Negara operasi kedai anda berada di rantau yang tersedia dengan Maks GMV: Pada masa ini, Maks GMV hanya tersedia di Indonesia, Malaysia, Filipina, Thailand, Vietnam, Singapura dan Amerika Syarikat.


TikTok Shop yang ingin digunakan tidak tersedia

Jika TikTok Shop anda dalam senarai kedai yang tidak tersedia, sila semak negara operasi kedai anda. Maks GMV hanya tersedia di Indonesia, Malaysia, Filipina, Thailand, Vietnam, Singapura dan Amerika Syarikat pada masa ini.


Butang Cipta iklan Maks GMV tidak boleh dipilih

Jika butang ini berwarna kelabu dan tidak boleh dipilih, sila semak

  1. Sama ada anda memiliki akses pengendali atau pentadbir kepada akaun pengiklan

  2. Sama ada akaun pengiklan dibenarkan untuk menyiarkan iklan Maks GMV.

    • Jika anda agensi yang belum mendapat kebenaran Maks GMV daripada penjual, ketahui lebih lanjut tentang Cara meminta kebenaran Maks GMV di Pengurus Iklan TikTok.

    • Jika anda penjual yang menjalankan Maks GMV untuk kedai anda sendiri, sila lengkapkan proses kebenaran di Pusat Penjual atau Pusat Perniagaan.


Artikel Berkaitan
Cara mencipta kempen Maks GMV Produk dalam Pengurus Iklan TikTok
Cara menukar akaun iklan utama anda dalam Pusat Penjual
Perihal Maks GMV Produk