Sambungan Data Web
Peristiwa & Parameter Web
Alat Pengukuran Web TikTok
Pengurus Peristiwa TikTok
Padanan Peristiwa
Tinjauan Pascapembelian TikTok
TikTok for Business menawarkan alat yang membolehkan perniagaan berkongsi data pemasaran dengan TikTok. API Peristiwa TikTok memberi pengiklan sambungan yang boleh dipercayai antara TikTok dengan data pemasaran pengiklan, merentasi web, aplikasi dan saluran luar talian (cth. Store, CRM) dengan keupayaan untuk menyesuaikan maklumat yang mereka kongsi dengan TikTok.
Untuk sambungan laman web, kami mengesyorkan penyepaduan API Peristiwa dengan penyepaduan Pixel anda yang sedia ada untuk memaksimumkan manfaat prestasi.
Nota: Penyediaan Pixel atau API Peristiwa merupakan prasyarat untuk objektif Penukaran Web kami di Pengurus Iklan TikTok.
Ketahui lebih lanjut tentang cara untuk bermula dengan API Peristiwa.
Manfaat pelaksanaan API Peristiwa TikTok termasuk:
Penyampaian dan penyasaran iklan yang dipertingkat dengan menangkap penukaran yang hilang: Isu ketersambungan dan ketidakkonsistenan pelayar boleh menjejaskan penukaran yang dilaporkan melalui Pixel. Dengan API Peristiwa, lebih banyak penukaran dilaporkan dan dimanfaatkan untuk pengukuran, pengoptimuman dan penyasaran.
Gabungkan perkongsian semua data peristiwa anda dalam API tunggal: Hantarkan peristiwa daripada saluran berbeza seperti laman web, aplikasi mudah alih, kedai fizikal (luar talian) dan penyepaduan CRM dalam satu API. Hal ini membolehkan pelaksanaan yang lebih lancar dan boleh menghasilkan peningkatan kecekapan.
Kawalan terperinci ke atas data yang dikongsi oleh perniagaan anda dengan TikTok: Dengan API Peristiwa, anda hanya perlu berkongsi data yang diperlukan untuk memenuhi objektif pemasaran anda.
Penyelesaian berdaya tahan untuk ekosistem pengiklanan berkembang: API Peristiwa dengan Pixel sedia ada memastikan peralihan yang lebih mampan sebagai maklum balas kepada perubahan dalam industri pengiklanan.
Kami mengesyorkan persediaan berikut bagi semua pelanggan penukaran web untuk meningkatkan prestasi:
Jenis Sambungan: Gunakan Pixel dan juga API Peristiwa TikTok dengan Penyahduplikasian Peristiwa. Ketahui lebih lanjut tentang penyahduplikasian peristiwa.
Peristiwa dan Parameter: Pastikan bahawa peristiwa di sepanjang perjalanan pengguna anda dikongsi secara konsisten pada seluruh persediaan Pixel dan API Peristiwa anda.
Kunci Padanan: Semua kunci padanan yang berkaitan diserahkan semula untuk meningkatkan kadar padanan bagi pengukuran dan penciptaan audiens yang dipertingkatkan. Ketahui lebih lanjut tentang cara untuk menyediakan peristiwa padanan dengan API Peristiwa.
Ketahui lebih lanjut tentang peristiwa standard dan tersuai.