Perihal Penyepaduan Platform Rakan Kongsi E-Dagang TikTok
BASE
BigCommerce
Cafe24
Ecwid
FutureShop
Haravan
Kyte
Loja Integrada
Mercado Shops
Nuvemshop
OpenCart
PrestaShop
Salesforce Commerce Cloud
Shopify
Shopline
Tiendanube
TRAY
VTEX
Wix
WooCommerce
1. Cari TikTok dalam lajur kiri pada Papan Pemuka Nuvemshop anda. Klik Sambungkan akaun TikTok untuk bermula.
2. Log masuk ke akaun TikTok anda untuk mengaktifkan persediaan penyepaduan.
Atau, Daftar untuk akaun TikTok baharu.
3. Izinkan TikTok for Business untuk menyambung dengan menggunakan Akaun TikTok anda.
4. Setelah berjaya mengizinkan dan menyambungkan akaun TikTok anda, anda akan dapat Mendaftar untuk akaun baharu atau Log masuk ke Akaun TikTok for Business sedia ada.
Jika sebelum ini anda telah mendaftar untuk Akaun TikTok for Business menggunakan Akaun TikTok anda di sini, anda akan mendapati bahawa akaun TikTok for Business anda sudah pun disambungkan.
5. Setelah berjaya menyambungkan akaun TikTok for Business anda, anda akan digesa untuk menyambungkan (atau mencipta) Pusat Perniagaan TikTok anda.
Untuk mencipta Pusat Perniagaan TikTok yang baharu, klik Cipta yang Baharu di bawah bahagian Pusat Perniagaan.
Untuk menyambungkan Pusat Perniagaan TikTok* yang sedia ada, pilih Pusat Perniagaan yang tergolong di bawah akaun TikTok for Business anda dan klik Sambung.
6. Kemudian, sambungkan akaun Iklan TikTok anda atau pilih akaun Iklan TikTok sedia ada yang dikaitkan dengan akaun TikTok for Business anda dan klik Sambung.
Untuk mencipta akaun Iklan TikTok yang baharu, klik Cipta yang baharu.
Untuk menyambungkan akaun Iklan TikTok sedia ada, pilih akaun Iklan TikTok yang tergolong di bawah akaun TikTok for Business anda* dan klik Sambung.
7. Setelah berjaya menyambungkan akaun TikTok, akaun TikTok for Business, Pusat Perniagaan TikTok dan akaun Iklan, anda akan melihat tanda semak di sebelah setiap akaun tersebut.
8. Langkah seterusnya ialah memasang TikTok Pixel yang terbenam dalam penyepaduan kami:
Jika anda tidak mempunyai Pixel mod pembangun pada masa ini atau telah memasang TikTok pixel mod pembangun anda baru-baru ini (<2 bulan penggunaan), ikut arahan di bawah:
Alih keluar TikTok pixel mod pembangun anda yang sedia ada daripada laman dagang anda - Pastikan pixel ini tidak digunakan oleh mana-mana kempen aktif.
Kembali ke persediaan penyepaduan dan klik Cipta yang Baharu untuk mencipta serta memasang pixel baharu.
Pastikan ciri Padanan Lanjutan DIHIDUPKAN untuk meningkatkan kadar padanan antara klikan iklan TikTok dengan penukaran yang berlaku di laman web anda.
Jika anda pengguna pixel mod pembangun yang sudah mantap (>2 bulan penggunaan) dan lebih suka mengekalkan pixel sedia ada anda, ikut arahan di bawah.
Teruskan dengan persediaan penyepaduan dan klik Cipta yang Baharu untuk mencipta serta memasang pixel baharu.
Selepas melengkapkan persediaan penyepaduan dalam semua bahagian (lihat halaman yang berikutnya), anda akan dapat mengalih keluar pixel yang baru dipasang dengan sokongan pembangun anda dengan mengikut arahan di sini. Anda kemudiannya akan dapat menggunakan Pixel mod pembangun sedia ada anda dan penyepaduan yang baharu dengan lancar.
Nota: Dengan menyahaktifkan pixel yang baru dipasang, anda tidak akan dapat memanfaatkan ciri Padanan Lanjutan.
9. Sediakan penyegerakan katalog produk anda dengan mengklik Cipta yang Baharu. Ini akan menyegerakkan katalog produk anda yang sedia ada kepada Pusat Perniagaan TikTok.
Nota:
Katalog diperlukan untuk menyediakan Penyepaduan Rakan Kongsi Platform E-Dagang TikTok anda. Keupayaan untuk mencipta katalog dan/atau menggunakan penyelesaian iklan berasaskan katalog mungkin berbeza-beza mengikut pasaran dan rantau anda; ketahui lebih lanjut tentang katalog di sini.
Langkah tambahan untuk melengkapkan konfigurasi katalog anda diminta dengan versi semasa penyepaduan kami, dan disenaraikan di sini.
10. Setelah setiap bahagian dilengkapkan, klik Selesaikan Persediaan.
11. Anda kemudiannya boleh memilih untuk memulakan dengan Iklan TikTok.
1. Setelah persediaan telah diselesaikan, kembali ke TikTok Sales Channel dalam Nuvemshop.
2. Dalam TikTok Sales Channel, di bawah bahagian Katalog Produk, klik pada Salin XML, kemudian pada Konfigurasi Katalog yang akan membawa anda ke gambaran keseluruhan katalog anda dalam Pengurus Katalog TikTok.
3. Pada Pengurus Katalog TikTok, pilih Tambah produk.
4. Daripada senarai pilihan yang muncul, pilih Jadual Suapan Data.
5. Isikan medan berikut:
Nama Suapan Data
URL Suapan Data: Tampal pautan yang disalin ke papan klip daripada kad Katalog Produk Nuvemshop.
Muat Naik Automatik: Konfigurasikan kekerapan katalog anda akan disegerakkan ke TikTok. Setiap Jam adalah yang paling kerap, dengan katalog TikTok anda menggunakan apa-apa kemas kini pada katalog Nuvemshop anda setiap jam.
Kaedah Kemas Kini: Pilih jika anda mahu kemas kini katalog anda mengemas kini produk sedia ada dan menambahkan mana-mana produk baharu, atau menggantikan keseluruhan katalog pada setiap kemas kini.
6. Setelah selesai, klik Import untuk memulakan penyegerakan katalog awal ke TikTok. Produk anda akan ditambahkan pada katalog anda - hal ini mungkin mengambil sedikit masa.
Apabila anda memilih Cipta Sekarang, anda akan dibawa ke modul penciptaan iklan.
1. Pertama sekali, anda perlu menamakan kempen dan memilih jika anda ingin menjalankan kempen untuk salah satu produk anda yang disambungkan atau untuk laman web anda.
2. Kemudian, pilih Peristiwa Pengoptimuman yang anda ingin gunakan untuk mencipta kempen (cth. Tambah kepada Troli):
3. Kemudian, pilih pilihan Penyasaran yang anda mahu gunakan.
Ciri Kempen Prestasi Pintar baharu akan membantu anda mencari pelanggan yang tepat untuk perniagaan anda secara automatik. Anda akan memilih produk yang ingin dipromosikan, menyediakan kreatif iklan (atau menggunakan alat Penjana Video Pintar terbenam untuk mencipta video baharu dengan aset sedia ada anda) dan belanjawan. TikTok kemudiannya akan mengoptimumkan kempen anda secara automatik dan mempamerkan iklan anda kepada pelanggan berpotensi, lalu membantu anda mencapai penukaran.
4. Kemudian, tambahkan video anda atau gunakan Alat Penjana Video Pintar kami.
Jika anda tidak mempunyai video sedia ada, anda boleh menggunakan alat Penjana Video Pintar TikTok untuk mencipta video secara automatik menggunakan foto produk yang dimuat naik daripada komputer anda. Hal ini merupakan penyelesaian yang berguna jika anda tidak mempunyai keupayaan pengeluaran video atau pengalaman pengeditan video. Klik Cipta video di bawah kreatif Iklan untuk bermula.
Seret dan susun semula imej untuk memuktamadkan aliran iklan video.
Sebagai pilihan, tambahkan harga diskaun dan teks maklumat produk.
Tetapkan gaya video:
Dinamik — Video yang dijana berentak pantas.
Tenang — Video yang dijana berentak perlahan.
5. Kemudian, tambah maklumat Belanjawan.
6. Anda akan digesa untuk menambahkan Maklumat pembayaran anda. Masukkan alamat Perniagaan, Maklumat Cukai, dan klik Seterusnya. Harap maklum bahawa hanya pembayaran Manual disokong di Brazil.
7. Klik pada Tambah Baki dan masukkan jumlah yang diingini. Seterusnya, pilih kaedah pembayaran anda yang diutamakan dan klik Buat Pembayaran untuk membiayai akaun anda.
Nota: Maklumat Pengebilan & Pembayaran mestilah disediakan bagi memulakan penciptaan dan penyampaian iklan.
8. Anda kemudiannya akan digesa untuk Serahkan kempen anda.
Jika anda memilih Mula Kemudian, anda akan dibawa ke papan pemuka Nuvemshop anda.
Setelah anda melengkapkan proses penyepaduan, klik pada TikTok dalam lajur kiri papan pemuka Nuvemshop. Anda boleh memilih untuk Cipta Kempen baharu atau lihat Tutorial kami.