Cukai
Invois
Transaksi
Maklumat pengebilan
Cukai mungkin terpakai pada pembelian Iklan TikTok anda bergantung pada pasaran atau rantau "alamat pengebilan" anda, melainkan dipersetujui sebaliknya.
TikTok bertanggungjawab untuk menentukan, mengutip dan mengirim Cukai Nilai Tambahan (VAT) sebanyak 10% ke atas penyediaan Perkhidmatan Iklan di Bahrain.
VAT sebanyak 10% akan ditambahkan pada pembelian Perkhidmatan Iklan anda jika anda tidak berdaftar untuk VAT di Bahrain dan belum memberikan Nombor Pengenalan VAT ("No. VAT") anda yang sah kepada TikTok. Jika anda berdaftar untuk VAT di Bahrain dan No. VAT anda telah diluluskan, maka tiada VAT akan ditambahkan pada invois anda dan anda bertanggungjawab untuk menanggung, melaporkan dan mengirim VAT yang berkenaan pada pembelian anda.
Jika anda membuat pembelian Perkhidmatan Iklan semasa tempoh semakan, VAT sebanyak 10% akan dikenakan pada pembelian anda dan VAT yang dikenakan tidak akan dibayar balik. Hal ini demikian kerana No. VAT anda belum lagi kami sahkan. Selepas No. VAT anda disahkan, VAT sebanyak 10% tidak akan dikenakan pada pembelian anda yang berikutnya.
Jika anda membeli iklan melalui Pengurus Akaun TikTok anda, hubungi pengurus akaun anda untuk mengemaskinikan status cukai anda dan memberikannya sijil VAT rasmi anda.
Jika anda membeli iklan melalui akaun Pengurus Iklan TikTok anda, anda boleh mengemaskinikan status cukai anda kepada perniagaan berdaftar VAT dengan pergi ke halaman Persediaan Akaun dan memberikan atau mengemaskinikan No. VAT anda yang sah, nama perniagaan dan alamat pengebilan.
Selepas penyerahan, TikTok akan membuat semakan dalam masa 24-72 jam untuk menentukan kesahan status cukai dan No. VAT anda. Jika TikTok menolak nombor cukai anda atau status cukai anda tidak sah, anda akan dapat menemukan status penolakan dan sebab penolakan dalam tetapan akaun Pengurus Iklan TikTok anda. Anda boleh memeriksa semula atau mengemaskinikan status cukai dan No. VAT anda supaya TikTok dapat memulakan semakan kedua.
Jika anda membuat pembelian Perkhidmatan Iklan semasa tempoh semakan, VAT sebanyak 10% akan dikenakan pada pembelian anda dan VAT yang dikenakan tidak akan dibayar balik. Hal ini demikian kerana No. VAT anda belum lagi kami sahkan. Selepas No. VAT anda disahkan, VAT sebanyak 10% tidak akan dikenakan pada pembelian anda yang berikutnya.
Pastikan bahawa No. VAT anda boleh disahkan dengan portal carian pembayar cukai rasmi pihak berkuasa cukai yang berkenaan dan bahawa nama perniagaan anda (dalam bahasa Inggeris) yang ditunjukkan dalam Akaun Pengurus Iklan TikTok anda konsisten dengan hasil yang ditunjukkan dalam portal carian pembayar cukai rasmi.
Nota: TikTok tidak dapat menasihati anda tentang hal cukai. Sila hubungi penasihat cukai anda atau pihak berkuasa cukai tempatan anda untuk sebarang pertanyaan tentang cukai yang mungkin anda ada berkaitan dengan pembelian Iklan anda.