Bahasa Melayu
Cipta iklan

Pengurusan pengebilan

  1. Bayaran dan pengebilan /
  2. Pengurusan pengebilan /
  3. Cukai /

Arab Saudi: Perihal Cukai Nilai Tambahan (VAT)

Kemas kini terakhir: Mei 2025

TikTok bertanggungjawab untuk menentukan, mengutip dan mengirim Cukai Nilai Tambahan ("VAT") sebanyak 15% ke atas penyediaan Perkhidmatan Iklan di Arab Saudi.


VAT sebanyak 15% akan ditambahkan pada pembelian Perkhidmatan Iklan anda jika anda tidak berdaftar untuk VAT di Arab Saudi dan belum memberikan Nombor Pengenalan VAT ("No. VAT") anda yang sah kepada TikTok. Jika anda berdaftar untuk VAT di Arab Saudi, serta kami telah menyemak dan meluluskan No. VAT anda, maka tiada VAT akan ditambahkan pada invois anda dan anda harus bertanggungjawab sepenuhnya untuk menanggung, melaporkan dan mengirim VAT yang berkenaan ke atas pembelian anda.


Nota: TikTok tidak dapat menasihati anda dalam mana-mana urusan cukai. Sila hubungi penasihat cukai anda dan/atau pihak berkuasa cukai tempatan jika anda mempunyai apa-apa soalan berkaitan dengan status cukai anda, serta hak dan kewajipan cukai anda yang berkaitan.


Bagaimanakah saya boleh memberikan No. VAT saya kepada TikTok?

1. ​Jika anda membeli Perkhidmatan Iklan melalui Pasukan Sokongan TikTok, hubungi ahli Pasukan Sokongan TikTok anda untuk mengemaskinikan status cukai anda dan memberi mereka sijil VAT rasmi anda melalui menat-sales-ops@bytedance.com.


ATAU

2. ​Jika anda membeli Perkhidmatan Iklan melalui Akaun Pengurus Iklan TikTok anda dan negara pengebilan untuk akaun anda ditetapkan kepada Kerajaan Arab Saudi, ikut langkah berikut:

  1. ​Pergi ke Persediaan Akaun Pengurus Iklan TikTok

  2. ​Kemaskinikan status cukai anda kepada perniagaan berdaftar VAT.

  3. ​ Berikan (atau kemaskinikan) No. VAT (dalam angka 15 digit) anda yang sah, nama perniagaan dan alamat pengebilan anda (dalam bahasa Arab).


Pastikan bahawa No. VAT anda boleh disahkan dengan portal carian pembayar cukai rasmi pihak berkuasa cukai yang berkenaan dan bahawa nama perniagaan anda (dalam bahasa Arab) yang ditunjukkan dalam Akaun Pengurus Iklan TikTok anda konsisten dengan hasil yang ditunjukkan dalam portal carian pembayar cukai rasmi. 


Apakah yang akan berlaku selepas saya memberikan No. VAT saya kepada TikTok?

Selepas penyerahan, TikTok akan memulakan proses semakan untuk menentukan kesahan status cukai dan No. VAT anda.


Berapa lamakah masa yang akan diambil oleh TikTok untuk mengesahkan No. VAT saya?

TikTok bertujuan untuk menyemak semua penyerahan No. VAT dalam tempoh 24 hingga 72 jam.


Apakah yang akan berlaku pada mana-mana pembelian yang dibuat sementara No. VAT saya sedang disemak?

Jika anda membuat pembelian Perkhidmatan Iklan semasa tempoh semakan, VAT sebanyak 15% akan dikenakan pada pembelian anda dan VAT yang dikenakan tidak akan dibayar balik. Hal ini demikian kerana No. VAT anda belum lagi kami sahkan. Selepas No. VAT anda disahkan, VAT sebanyak 15% tidak akan dikenakan pada pembelian anda yang berikutnya.


Apakah yang akan berlaku jika TikTok menentukan bahawa status cukai dan/atau No. VAT saya tidak sah?

Jika TikTok menolak nombor cukai anda dan/atau status cukai anda tidak sah, anda akan dapat menemukan status penolakan dan sebab penolakan tersebut dalam tetapan Akaun Pengurus Iklan TikTok anda. Dalam keadaan ini, anda boleh memeriksa semula atau mengemaskinikan status cukai dan No. VAT anda supaya TikTok dapat memulakan semakan kedua.

*Adakah maklumat ini membantu?
Artikel Berkaitan
Pérou : À propos de la taxe sur la valeur ajoutée (TVA)
Oman : À propos de la taxe sur la valeur ajoutée (TVA)
Indonésie : À propos de la taxe sur la valeur ajoutée (TVA) et de l'impôt retenu à la source (WHT)