Cukai
Invois
Transaksi
Maklumat pengebilan
Cukai mungkin terpakai pada pembelian Iklan TikTok anda bergantung pada pasaran atau rantau "alamat pengebilan" anda, melainkan dipersetujui sebaliknya.
Menurut Artikel 53-2 Undang-undang VAT Korea, TikTok bertanggungjawab untuk menentukan, mengumpul dan menghantar Cukai Nilai Tambahan (VAT) sebanyak 10% ke atas pembekalan "perkhidmatan jauh" di Korea, apabila pembekalan ini disediakan kepada penduduk Korea Selatan yang tidak berdaftar untuk VAT.
Perkhidmatan jauh yang disediakan oleh TikTok termasuk yuran Jualan di TikTok (perkhidmatan penyenaraian/rujukan), yuran langganan bulanan dan Iklan Tajaan.
Jika anda berdaftar untuk VAT di Korea, berikan Nombor Pendaftaran Perniagaan (BRN) anda yang sah kepada TikTok melalui e-mel sebelum 15 November dan pastikan BRN boleh disahkan terhadap pangkalan data rasmi Perkhidmatan Cukai Nasional Korea. Format BRN mestilah xxx-xx-xxxxx. Nota: Sila ambil perhatian bahawa jika TikTok tidak menerima BRN anda yang sah sebelum tarikh yang dinyatakan di atas, kami akan menganggap anda sebagai bukan pedaftar VAT dan mungkin akan mula mengenakan 10% VAT pada transaksi dengan anda.
Jika anda tidak berdaftar untuk VAT di Korea, maklumkan kepada kami melalui e-mel. TikTok akan menganggap anda bukan berdaftar VAT dan akan menambah 10% VAT pada transaksi anda.
Nota: TikTok tidak dapat menasihati anda tentang hal cukai. Sila hubungi penasihat cukai anda atau pihak berkuasa cukai tempatan anda untuk sebarang pertanyaan tentang cukai yang mungkin anda ada berkaitan dengan pembelian Iklan anda.