Bahasa Melayu
Cipta iklan

Pengoptimuman lelongan iklan

  1. Pengoptimuman iklan /
  2. Pengoptimuman lelongan iklan /
  3. Pengujian Pisahan /

Cara menjeda ujian pisahan

Kemas kini terakhir: April 2025

Ujian Pisahan membolehkan anda menguji dua versi iklan anda yang berbeza untuk menentukan versi yang berprestasi terbaik dan untuk menambah baik kempen akan datang. Anda akan mempunyai pilihan untuk menjeda kumpulan iklan dalam ujian pisahan anda secara manual atau apabila sistem memilih pemenang kumpulan iklan untuk anda.


Nota: Amalan terbaik adalah untuk menunggu sistem memilih pemenang Ujian Pisahan sebelum menjeda satu kumpulan iklan dan hanya menjalankan kumpulan iklan yang satu lagi.


Sebelum anda bermula

Perubahan yang dibuat ke atas kumpulan iklan anda selepas ujian pisahan bermula boleh menjejaskan hasilnya atau menyebabkan kumpulan iklan disemak semula. Anda disyorkan supaya tidak mengubah tetapan ujian anda selepas ujian tersebut dimulakan.


Penjedaan kumpulan iklan juga ialah cara terbaik untuk menjalankan kumpulan iklan yang menang selepas sistem memilih kumpulan iklan yang menang.

Cara menjeda ujian pisahan

Untuk menjeda ujian pisahan:

  1. Log masuk ke Pengurus Iklan TikTok.

  2. Navigasi ke Kumpulan iklan dalam kempen anda.

  3. Klik togol Hidupkan/Matikan di sebelah kiri nama Kumpulan Iklan.

  4. Dalam tetingkap timbul, pilih Jeda Kumpulan Ini Sahaja atau Jeda Kedua-duanya.

Selepas anda menjeda kumpulan iklan, status kumpulan iklan akan menjadi "tidak aktif" dan ikon ujian pisahan tidak lagi akan ditunjukkan. Belanjawan daripada kumpulan iklan yang dijeda akan dipindahkan kepada kumpulan iklan yang aktif. Nota: Audiens hanya akan melihat kumpulan iklan yang aktif.


Anda boleh mengaktifkan semula kumpulan iklan sebagai kumpulan iklan biasa dan kumpulan iklan tersebut akan dijalankan tanpa Ujian Pisahan. Ketahui cara mencipta ujian pisahan baharu.

*Adakah maklumat ini membantu?
Artikel Berkaitan
О конвертере полезных данных API событий
Об API событий
О пикселе TikTok