Bahasa Melayu
Cipta iklan

Pengurusan akaun dengan Pusat Perniagaan

  1. Cara untuk bermula /
  2. Pengurusan akaun dengan Pusat Perniagaan /
  3. Gambaran keseluruhan Pusat Perniagaan /

Perihal Pusat Perniagaan TikTok

Kemas kini terakhir: Mei 2025

Pusat Perniagaan TikTok ialah ruang pusat untuk mengendalikan aktiviti perniagaan dan pengiklanan anda di TikTok. Ciri ini menjadikan kerja berpasukan lebih mudah dan lebih efisien. Ciri ini meletakkan pengurusan aset, pengurusan akaun dan peruntukan kebenaran di satu tempat. Dengan cara ini, pasukan atau organisasi yang berbeza boleh bekerjasama dengan lancar. Berbilang pengguna boleh mengurus berbilang akaun dan aset dengan selamat dan pantas.


Manfaat

  • Kerjasama: Benarkan berbilang pengguna mengurus bahagian yang berbeza daripada kempen iklan TikTok anda, seperti perancangan, penciptaan, pengoptimuman dan pemantauan, untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Cara kerja berpasukan ini akan memastikan semua ahli pasukan boleh memberikan sumbangan mereka dengan berkesan yang menghasilkan kempen yang lebih berjaya.

  • Kebolehskalaan: Benarkan pengguna untuk mendayakan keselamatan bagi semua akaun iklan, melihat analisis mengikut skala bagi semua akaun iklan dan banyak lagi.

  • Pemusatan: Letakkan semua aset anda, akaun, pembayaran, kos, bil, invois dan tugas pengurusan lain daripada semua akaun anda di satu tempat. Dengan cara ini, tugas pentadbir akan menjadi lebih mudah dan menjimatkan masa yang anda luangkan untuk mengurus platform yang berbeza.

  • Kebertanggungjawapan: Pantau jenis pengguna yang boleh mengakses akaun atau aset anda di TikTok for Business untuk memastikan terdapat ketelusan dan kawalan berada di tangan anda. Ciri ini membolehkan anda menjejaki tindakan yang dilakukan oleh pengguna dan memastikan pasukan anda kekal bertanggungjawab.


Ciri utama

  • Pengurusan pengguna: Jemput pengguna untuk menjadi ahli atau rakan kongsi Pusat Perniagaan dan beri mereka kebenaran yang betul mengikut peranan mereka. Dengan cara ini, anda boleh mengurus perkara yang boleh diakses oleh mereka di Pusat Perniagaan. Ketahui lebih lanjut tentang peranan Pusat Perniagaan.

  • Perkongsian aset dan akaun: Tambahkan akaun pengiklan, akaun TikTok, akaun TikTok One, Kedai, Pixel, katalog, audiens dan bakal pelanggan kepada Pusat Perniagaan anda. Urus semua akaun dan aset ini di satu tempat dan kongsi akses dengan ahli di Pusat Perniagaan atau rakan kongsi di luar Pusat Perniagaan. Ketahui cara menetapkan kebenaran tahap akaun atau aset.

  • Pengurusan kewangan: Pusatkan dan urus kewangan anda merentasi berbilang akaun. Termasuklah pilihan pengebilan, pembayaran, transaksi dan invois. Ciri ini membantu untuk menjadikan operasi kewangan lebih lancar dan memastikan anda boleh menjejaki perbelanjaan anda dengan tepat. Ketahui tentang bahagian Kewangan di Pusat Perniagaan

  • Keselamatan yang dipertingkatkan: Pertingkatkan keselamatan Pusat Perniagaan anda dengan ciri seperti Pengesahan Dua Langkah dan senarai kebenaran domain e-mel. Senarai kebenaran hanya membenarkan domain e-mel yang diluluskan. Langkah keselamatan ini memastikan data perniagaan anda kekal selamat dan menghentikan akses tanpa kebenaran. Ketahui tentang amalan terbaik untuk melindungi Pusat Perniagaan anda.

  • Pusat Perniagaan Perusahaan: Pastikan semua aktiviti organisasi anda berada dalam satu akaun berstruktur. Pusat Perniagaan berbilang peringkat ini dihasilkan untuk jenama besar dan agensi. Ciri ini memang amat sesuai untuk mengendalikan hierarki organisasi yang rumit dan memastikan semua jabatan beroperasi dengan cara yang sama. Ketahui tentang Pusat Perniagaan Perusahaan.


Dapatkan sokongan untuk Pusat Perniagaan

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau isu berkenaan dengan akaun Pusat Perniagaan, sila hubungi sokongan pelanggan TikTok for Business.

Artikel Berkaitan
Cara menyediakan Pusat Perniagaan TikTok
Perihal bahagian Kewangan dalam Pusat Perniagaan TikTok
Perihal mengurus akaun TikTok di Pusat Perniagaan