Bahasa Melayu
Crear un anuncio

Penjanaan Bakal Pelanggan

  1. Objektif iklan /
  2. Penjanaan Bakal Pelanggan /
  3. Pengoptimuman kualiti bakal pelanggan /

Cara menyiarkan semula isyarat melalui Leadsbridge

Última actualización: Mei 2025

Menghantar kembali data peristiwa kepada TikTok boleh membantu untuk mendapatkan bakal pelanggan yang berkualiti lebih tinggi yang paling berkemungkinan akan membuat penukaran. Ketahui lebih lanjut tentang siaran semula isyarat untuk pengoptimuman kualiti bakal pelanggan.

Sebelum anda bermula

Pastikan anda mempunyai bukti kelayakan pentadbir untuk Leadsbridge anda dan akaun CRM serta akses pentadbir kepada akaun Pengurus Iklan TikTok anda.

Cara menyiarkan semula isyarat melalui Leadsbridge

Langkah 1: Cipta set peristiwa CRM

  1. Log masuk ke Pengurus Iklan TikTok.

  2. Tuding di atas Alat, kemudian pilih Peristiwa untuk memasuki Pengurus Peristiwa.

  3. Klik pada Sambungkan sumber data.

  4. Pilih CRM sebagai sumber data.

  5. Cipta nama untuk peristiwa CRM.


Langkah 2: Sediakan sambungan CRM anda dengan Leadsbridge

  1. Log masuk ke akaun Leadsbridge anda.

    1. Cipta bridge (penghubung) baharu.

    2. Pilih CRM anda sebagai sumber.

    3. Pilih Penukaran TikTok sebagai destinasi.

  2. Pada sumber, pilih akaun sedia ada atau cipta penyepaduan baharu. Benarkan dan log masuk ke CRM anda.

  3. Gunakan pemilihan yang bersesuaian daripada CRM anda untuk memilih tetapan.

  4. Seterusnya, klik pada sambungkan penukaran TikTok untuk memilih akaun TikTok sedia ada atau cipta penyepaduan baharu.

  5. Pilih akaun iklan.

  6. Pilih Peristiwa CRM dalam jenis peristiwa

  7. Pilih masa yang bersesuaian untuk disegerakkan. Kami mengesyorkan agar anda melakukan penyegerakan sekerap yang mungkin supaya data diterima dalam masa nyata.

  8. Pilih jenis penggunaan yang bersesuaian dan klik Teruskan.

  9. Petakan medan yang diperlukan dan klik pada Simpan dan Terbitkan. Nota: Status Bakal Pelanggan diperlukan. Sekurang-kurangnya satu ID Bakal Pelanggan, E-mel, Telefon atau ID Klikan diperlukan.


Langkah 3: Petakan peristiwa CRM anda kepada peristiwa standard TikTok

  1. Di Pengurus Iklan TikTok, tuding di atas tab Alat dan pilih Peristiwa.

  2. Klik pada Sumber data dalam navigasi kiri.

  3. Klik pada peristiwa CRM yang baru saja anda cipta. Nota: Proses ini boleh mengambil masa sehingga 4 jam untuk menunjukkan siaran semula data.

  4. Anda perlu memetakan Peristiwa Tersuai kepada Peristiwa Standard di sebelah kanan.

Jika anda tidak menemukan Peristiwa Standard yang dipadankan pada lajur kanan, maksudnya:

  • Peristiwa anda sudah dipetakan kepada Peristiwa Standard.

  • Tiada Peristiwa Standard yang sesuai untuk dipetakan.

Kami mengesyorkan agar anda menyiarkan semula Peristiwa Standard kerana hanya Peristiwa Standard boleh digunakan untuk mengoptimumkan penukaran dan boleh dijejaki dan digunakan dalam pelaporan pengukuran.

Langkah 4: Sahkan persediaan siaran semula

  1. Di Pengurus Iklan TikTok, tuding di atas tab Alat dan pilih Peristiwa.

  2. Klik pada Sumber data dalam navigasi kiri.

  3. Klik set peristiwa CRM yang baru saja anda cipta.

  4. Perhatikan sama ada data mengalir ke peristiwa yang dikaitkan atau tidak. Proses ini mungkin mengambil masa selama 10 minit untuk menyegerakkan data. Jika nombor peristiwa yang dipadankan adalah lebih besar daripada 0, maka data siaran semula telah mula masuk ke TikTok dan konfigurasi telah selesai.


*Adakah maklumat ini membantu?
Artículos relacionados
Cara menyiarkan semula isyarat melalui Google Sheets
Cara menyiarkan semula isyarat melalui Zapier
Cara menyelesaikan masalah semasa memuat turun bakal pelanggan anda di TikTok