Automatic Search Placement
Search Ads Campaign
Search Ads Creative
Iklan Pemesejan
Berkas Aplikasi Global
Pangle
Sepanjang hayat Kempen Iklan Carian, pengiklan mempunyai keupayaan untuk melaraskan semua pengoptimuman yang berada di bawah, termasuk bida, belanjawan, kata kunci dan penyasaran. Pengiklan dapat menambahkan, mengubah atau mengalih keluar kata kunci pada bila-bila masa sepanjang tempoh Kempen Iklan Carian dan digalakkan untuk menyemak dan mengoptimumkan kempen dan bukannya menjeda atau melancarkan kempen baharu.
Tingkatkan Bida Kumpulan Iklan: Laraskan bida dan belanjawan anda untuk memastikan iklan anda kekal berdaya saing dalam lelongan carian.
Tambah Kata Kunci Baharu: Sertakan sekurang-kurangnya 20 kata kunci setiap kumpulan iklan. Jika anda sudah mempunyai 20 kata kunci, kaji dan tambah lagi untuk memperluaskan jangkauan anda.
Gunakan Kata Kunci Padanan Luas: Kata kunci padanan luas menawarkan skala yang terhebat. Jika anda menggunakan frasa atau padanan tepat, pertimbangkan peralihan kepada padanan luas untuk menjangkau lebih ramai pengguna.
Semak Kerelevanan Kata Kunci dengan Iklan: Pastikan kata kunci dalam kumpulan iklan anda betul-betul berkaitan dengan iklan anda. Hal ini akan menambah baik kerelevanan dan memberikan peluang yang lebih tinggi untuk penyampaian yang berjaya.
Beralih ke Objektif Trafik: Jika Objektif Penukaran web anda tidak mencapai tanggapan dan klikan yang mencukupi, beralih ke Objektif Trafik. Hal ini boleh membantu anda menjangkau audiens yang lebih besar dan meningkatkan prestasi kempen.
Gunakan Objektif Penukaran Web: Untuk kecekapan penukaran maksimum, gunakan objektif penukaran web dan bukannya objektif trafik.
Pastikan Terdapat Skala yang Mencukupi: Pastikan kempen anda mempunyai penukaran dan trafik yang mencukupi dalam beberapa hari pertama untuk melepasi fasa pembelajaran. Semak carta aliran "Cara Menskala" untuk mendapatkan butiran lanjut.
Semak Laporan Istilah Carian: Gunakan laporan Istilah Carian untuk melihat jenis carian yang iklan anda muncul. Jika anda menemukan carian yang tidak relevan, tambahkan kata kunci tersebut sebagai kata kunci negatif atau jedakan kata kunci tersebut.
Tambah Kata Kunci Negatif: Tambahkan kata kunci negatif daripada media berbayar bukan TikTok yang lain kepada kempen TikTok anda. Hal ini akan membantu untuk memperincikan penyasaran anda dan menambah baik kerelevanan.
Semak Kerelevanan Kata Kunci dengan Iklan: Semak kata kunci dari semasa ke semasa dalam kumpulan iklan anda untuk memastikan kata kunci tersebut berkaitan dengan kreatif iklan. Hal ini akan membantu untuk mengekalkan kerelevanan tinggi yang penting apabila iklan masuk ke dalam lelongan.
Pengoptimuman untuk Kempen Carian termasuk ciri di bawah:
Trafik Strategi bida yang disokong
Penyampaian Maksimum atau Had Kos
Untuk menggunakan Penyampaian Maksimum, jangan memasukkan harga bida sahaja dan kumpulan iklan akan ditetapkan secara lalai kepada penyampaian maksimum
Untuk menggunakan Had Kos, masukkan bida sasaran anda dalam bahagian "pembidaan dan pengoptimuman" sebagai sebahagian daripada persediaan kumpulan iklan
Penukaran Web Strategi bida yang disokong
Hanya CPA Sasaran disokong
Untuk menggunakan CPA Sasaran, masukkan bida sasaran anda dalam bahagian "pembidaan dan pengoptimuman" sebagai sebahagian daripada persediaan kumpulan iklan.
Objektif Trafik Kempen Iklan Carian menyokong pembidaan peringkat kata kunci secara eksklusif, khususnya di bawah strategi bida had kos dan pecahan pelaporan kata kunci mengikut jenis padanan.
Harap maklum, jika anda menetapkan bida kata kunci yang lebih tinggi daripada bida kumpulan iklan, CPC sebenar pada peringkat kumpulan iklan mungkin lebih tinggi daripada bida kumpulan iklan.
Anda boleh mengakses pembidaan kata kunci dan kawalan jenis padanan pada titik yang berbeza, seperti semasa aliran penciptaan kempen melalui Alat Cadangan Kata Kunci atau dalam tetingkap kempen TTAM secara langsung.
Pengiklan mempunyai fleksibiliti untuk menetapkan bida peringkat kata kunci tetapi tidak dikehendaki untuk berbuat demikian bagi semua kata kunci. Jika anda menggunakan bida kumpulan iklan, anda mempunyai dua pilihan untuk kata kunci:
Biarkan bida kata kunci kosong untuk mengikut tetapan kumpulan iklan.
Tetapkan bida khusus untuk kata kunci individu.
Jika anda memilih pilihan kedua, sila berikan perhatian kepada cara bida kata kunci anda dibandingkan dengan bida kumpulan iklan anda. Jika bida kata kunci adalah lebih tinggi, hal ini boleh menyebabkan CPC yang dilaporkan oleh kumpulan iklan akan menjadi lebih tinggi daripada bida kumpulan iklan.
Ciri tetapan bida dan kawalan jenis padanan boleh diakses dalam Alat Cadangan Kata Kunci. Ketahui lebih lanjut tentang Alat Cadangan Kata Kunci.
Anda boleh mengedit bida kumpulan iklan daripada halaman senarai kempen dalam TTAM, sama ada satu demi satu atau secara pukal melalui pemilihan berbilang untuk pengeditan yang lebih pantas. Tindakan ini akan mengemas kini bida kata kunci dan jenis padanan. Tambahan lagi, anda boleh mengedit kata kunci individu dan bida jenis padanan secara langsung dalam kumpulan iklan.