Untuk memanfaatkan Halaman Segera dengan sepenuhnya, pertimbangkan penggunaan Amalan Terbaik yang disediakan di bawah.
Persediaan audiens sasaran: Mulakan dengan menyertakan audiens sasaran yang lebih luas, kemudian khususkan lagi kepada segmen berprestasi tinggi, supaya Halaman Segera anda dilihat oleh audiens yang paling berkaitan.
Pengujian Halaman Segera: Sediakan beberapa Halaman Segera untuk menguji kesan pemesejan yang berbeza ke atas audiens yang dipilih.
Pengoptimuman halaman di tapak TikTok: Jika anda menggunakan objektif pengiklanan Penukaran, buat pilihan untuk mengoptimumkan halaman di tapak TikTok. Dengan cara ini, anda tidak perlu mencipta atau memasang piksel bagi penjejakan penukaran.
Pengoptimuman kempen: Tindakan mengedit tetapan kumpulan iklan dalam tempoh tiga hari pertama selepas menerbitkan kempen anda boleh menjejaskan keupayaan kumpulan iklan anda untuk lulus fasa pembelajaran. Selepas tiga hari, buat satu pelarasan setiap dua hari dan ubah suai belanjawan atau bida anda dengan tidak melebihi 20% pada satu-satu masa. Lebih kerap atau ketara perubahan itu, lebih banyak turun naik yang anda boleh jangkakan pada CPA anda.
Butang Seruan Tindakan: Untuk mendorong lebih banyak klikan butang, pilih gaya dan warna butang Seruan Tindakan yang jelas agar butang itu kelihatan menonjol pada Halaman Segera anda.
Saiz fail video: Saiz fail video tidak boleh melebihi 100MB, kerana saiz fail yang lebih besar akan mengambil masa yang lebih lama untuk dimuat naik. Kami juga mengesyorkan agar panjang video itu dalam lingkungan dua minit.
Templat: Untuk mencipta Halaman Segera dengan mudah, gunakan salah satu templat yang tersedia. Pilih daripada Produk untuk dijual, kisah Jenama, Pengenalan & promosi Jenama, treler Filem atau Sesuaikan dari awal.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Halaman Segera, sila lihat "Perihal Halaman Segera."[a][Perihal Halaman Segera][https://ads.tiktok.com/help/article?aid=10007478]
Dan untuk mendapatkan inspirasi lanjut tentang cara pengiklan menggunakan Halaman Segera, sila lihat "Lower My Bills," "Get Contact," "Ministry of Health," dan "Eagle Pictures."[a][Lower My Bills][https://www.tiktok.com/business/en/inspiration/lowermybills-538][a][Get Contact][https://www.tiktok.com/business/en/inspiration/getcontact-539][a][Ministry of Health][https://www.tiktokforbusinesseurope.com/inspiration/german-ministry-of-health-2][a][Eagle Pictures][https://www.tiktokforbusinesseurope.com/inspiration/eagle-pictures]