Bahasa Melayu
Cipta iklan

Dasar Pengiklanan

  1. Dasar dan keselamatan /
  2. Dasar Pengiklanan /
  3. Dasar pengiklanan /

Keselamatan dan Kesejahteraan Remaja

Kemas kini terakhir: April 2025

Prinsip

Kami amat komited untuk memastikan TikTok merupakan pengalaman yang selamat dan positif bagi individu yang berumur bawah 18 tahun*. Kami merujuk kepada mereka sebagai "remaja". Pengguna mestilah berumur sekurang-kurangnya 13 tahun untuk memiliki akaun. Walau bagaimanapun, had umur tambahan mungkin terpakai berdasarkan undang-undang tempatan di sesetengah pasaran.

*Di Puerto Rico dan Korea Selatan, "remaja" merupakan individu yang berumur bawah 19 tahun.


Iklan dan halaman pendaratan mestilah selamat dan menghormati golongan remaja serta sebagai pengiklan, anda mestilah mematuhi semua undang-undang, peraturan dan kawal selia keselamatan kanak-kanak berkenaan yang terpakai kepada pasaran sasaran. Anda juga mestilah mematuhi Dasar Iklan dan keperluan penyasaran, seperti Melindungi golongan bawah umur di TikTok: inisiatif pengiklanan dan Perihal pengiklanan kepada individu berumur bawah 18 tahun. Dasar ini mentadbir perlindungan golongan remaja daripada kandungan haram dan berbahaya, termasuk kandungan yang mungkin mengundang risiko bahaya seksual, fizikal atau psikologi.


Anda juga mestilah mematuhi Garis Panduan Komuniti kami yang terpakai kepada semua orang dan semua kandungan pada platform ini. Garis panduan ini termasuk peraturan untuk perkara yang dibenarkan di TikTok serta standard untuk perkara yang layak dipaparkan dalam Suapan Untuk Anda (FYF).


Kami komited untuk menyediakan pengalaman yang lebih selamat kepada golongan remaja dan mengikuti perkembangan masa dan perubahan yang sentiasa berubah-ubah. Oleh sebab itu, Dasar Iklan dan Garis Panduan Komuniti kami dikemaskinikan secara berterusan.


Penderaan golongan bawah umur

Dasar

Iklan dan halaman pendaratan (LP) tidak boleh menampilkan golongan bawah umur yang ditakrifkan sebagai individu berumur bawah 18 tahun dalam kandungan yang mungkin mengundang risiko bahaya seksual, fizikal atau emosi kepada mereka.


Penderaan seksual

Dasar

Bahan penderaan seksual golongan bawah umur dengan golongan bawah umur yang sebenar ataupun fiksyen seperti kandungan animasi atau kandungan yang dijanakan oleh kecerdasan buatan (AIGC) adalah tidak dibenarkan.


Kami akan melaporkan insiden penderaan dan eksploitasi seksual golongan bawah umur kepada Pusat Kebangsaan untuk Kanak-kanak Hilang dan Dieksploitasi (NCMEC).


Penderaan fizikal dan emosi

Dasar

Jangan menampilkan kandungan yang menunjukkan penderaan fizikal terhadap golongan bawah umur.


Contoh perkara yang tidak dibenarkan:

  • Memukul, menampar, menumbuk atau menyepak

  • Menggoncang-goncang

  • Melempar

  • Melecurkan atau membakar

  • Mematahkan tulang

Jangan menampilkan kandungan yang menunjukkan penderaan emosi terhadap golongan bawah umur. Kandungan sedemikian melibatkan tingkah laku berbahaya yang boleh menyebabkan distres dari segi mental dan boleh melibatkan penderaan secara lisan dan bukan lisan yang boleh menakutkan, memalukan dan memulaukan seseorang.


Contoh perkara yang tidak dibenarkan:

  • Tingkah laku mengancam

  • Membuka aib atau mengecam

  • Menimbulkan rasa takut terhadap keganasan

  • Mengawal

  • Intimidasi

  • Pemaksaan

  • Pembulian


Penderaan golongan bahawa umur yang digambarkan dalam kandungan fiksyen

Dasar

Kandungan fiksyen seperti treler untuk filem atau rancangan TV yang merujuk kisah penderaan golongan bawah umur mungkin dibenarkan, tetapi mestilah dilaksanakan dengan bertanggungjawab dan berhati-hati oleh pengiklan.


Contoh perkara yang mungkin dibenarkan:

  • Kandungan yang tidak sepatutnya, menyedihkan atau menyinggung perasaan mangsa penderaan kanak-kanak dan keluarga mereka.

Contoh perkara yang tidak dibenarkan:

  • Gambaran AIGC bagi golongan bawah umur


Pendedahan kulit golongan bawah umur

Dasar

Pendedahan kulit yang tidak senonoh oleh golongan bawah umur yang sebenar dan fiksyen seperti kandungan animasi atau kandungan yang dijanakan oleh kecerdasan buatan (AIGC) yang mungkin mengundang bahaya seksual kepada mereka atau menyebabkan mereka dilayan sebagai objek seksual adalah tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, sedikit pendedahan kulit mungkin dibenarkan bergantung pada konteks.


Contoh perkara yang mungkin dibenarkan:

Golongan bawah umur yang memakai pakaian renang jika iklan tersebut adalah untuk pakaian renang, kelas renang atau taman tema air

  • Karya seni tradisional dan bersejarah*

    • *Ini mungkin tidak dibenarkan dalam pasaran berikut: Algeria, Bahrain, Bangladesh, Mesir, Iraq, Jordan, Kuwait, Kenya, Lebanon, Maghribi, Nigeria, Oman, Pakistan, Qatar, Arab Saudi, Afrika Selatan, Turkiye, Emiriah Arab Bersatu

  • Demonstrasi produk untuk produk seperti lampin

Contoh perkara yang tidak dibenarkan:

  • Bahagian badan sensitif golongan bawah umur yang terdedah sepenuhnya atau separa terdedah

  • Hanya menutup bahagian badan sensitif golongan bawah umur sambil bahagian badan lain terdedah, seperti hanya memakai pakaian dalam

  • Penekanan bahagian badan sensitif


Tingkah laku yang menyalahi undang-undang

Dasar

Jangan menampilkan kandungan yang menunjukkan golongan bawah umur terlibat dalam aktiviti yang menyalahi undang-undang.


Contoh perkara yang tidak dibenarkan:

  • Minum alkohol

  • Perjudian

  • Menghisap rokok tembakau atau e-rokok


Tingkah laku tidak senonoh

Dasar

Jangan menampilkan kandungan yang menunjukkan golongan bawah umur terlibat dalam aktiviti yang bahaya, tidak senonoh atau tidak beretika bagi umur mereka.


Contoh perkara yang mungkin dibenarkan:

  • Treler untuk permainan video, filem dan rancangan TV*

  • Kempen kesedaran Kerajaan atau NGO yang dinilai berdasarkan kes demi kes*

*Keperluan penyasaran umur mungkin terpakai


Contoh perkara yang tidak dibenarkan:

  • Memonteng sekolah

  • Plagiarisme kerja rumah


Eksploitasi sifat mudah percaya, kesetiaan dan kelemahan diri golongan remaja

Dasar

Jangan eksploitasi sifat mudah percaya, kesetiaan, kelemahan diri atau kekurangan pengalaman golongan remaja.


Contoh perkara yang tidak dibenarkan:

  • Mendorong atau memberikan tekanan terhadap golongan remaja untuk membuat pembelian

  • Menggalakkan golongan remaja untuk memujuk ibu bapa atau penjaga supaya membeli produk untuk mereka

  • Mengatakan bahawa golongan remaja akan memperoleh populariti dengan memiliki produk yang dipromosikan

Iklan yang mempromosikan produk yang mungkin menarik minat kanak-kanak kecil yang berumur bawah 13 tahun, termasuk mereka dengan daya tarikan luas, mungkin dibenarkan jika keperluan berikut dipenuhi*:

  • Iklan mestilah terhad kepada audiens yang berumur 18 tahun ke atas.

  • Jangan gunakan pendekatan kreatif kebudak-budakan tertentu

*Terpakai untuk:

  • Argentina, Austria, Belgium, Bolivia, Brazil, Bulgaria, Kanada, Chile, Colombia, Costa Rica, Croatia, Cyprus, Czech, Denmark, Republik Dominika, Ecuador, Estonia, Finland, Perancis, Jerman, Greece, Guatemala, Hungary, Ireland, Israel, Itali, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Mexico, Belanda, Norway, Panama, Paraguay, Peru, Poland, Portugal, Puerto Rico, Romania, Slovakia, Slovenia, Sepanyol, Sweden, Switzerland, United Kingdom, Amerika Syarikat, Uruguay


*Adakah maklumat ini membantu?
Kandungan
  • Prinsip
  • Penderaan golongan bawah umur
  • Penderaan seksual
  • Penderaan fizikal dan emosi
  • Penderaan golongan bahawa umur yang digambarkan dalam kandungan fiksyen
  • Pendedahan kulit golongan bawah umur
  • Tingkah laku yang menyalahi undang-undang
  • Tingkah laku tidak senonoh
  • Eksploitasi sifat mudah percaya, kesetiaan dan kelemahan diri golongan remaja
Artikel Berkaitan
Mesir: Tentang Pajak Pertambahan Nilai (PPN)
Argentina: Tentang Pajak Pertambahan Nilai (PPN)
Kolombia: Tentang Pajak Pertambahan Nilai (PPN)